Jangan Kalah Dengan Emosi ‘Belanja’
Ramai yang nak menyimpan wang
tetapi selalu kalah dengan emosi berbelanja. Sering tewas dengan ajakan emosi
berbelanja yang asyik memanggil diri untuk terus mengeluarkan wang dari poket
dan mesin ATM supaya membeli beberapa barangan untuk diri.
Salah ke?
Tak salah pun. Sebab kita beli
untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain; untuk kepentingan diri kita juga.
Cuma, agak berbahaya jika kita selalu tewas dan nombor dalam akaun simpanan
kita semakin mengecil dan susut di mamah emosi berbelanja yang semakin hari
semakin membesar dan menguat.
Terkadang, kita terpaksa menahan
emosi tersebut kerana jika di beri muka saban hari dan ketika, semakin kuat dia
di buatnya. Takut-takut nanti kita jadi lemah dan layu dengan desakan emosi
belanja, apatah lagi jika ada banyak not duit dalam dompet. Makin agresif
tarikan berbelanja dia.
Saya sendiri pun, kadang-kadang
tewas. Lagi-lagi jika ada label ‘promosi’, ‘diskaun’, ‘beli 1 percuma 2’, atau
yang senada dengannya. Rasa bersalah pula diri ni melihat duit berubah tuan
pada barang dan item yang jarang saya guna. Tapi, Alhamdulillah. Selepas saya
sedar kesilapan saya, saya lebih berhati-hati dalam berbelanja.
Nak berbelanja, saya semak dahulu,
adakah ianya satu kemahuan atau keperluan. Kadang-kadang kita perlu beli
sesuatu benda tu disebabkan keperluan kita dalam menjaga diri dan personaliti.
Kadang-kadang kita perlu beli sesuatu yang mampu menambah input diri. Semuanya
dirasakan perlu, cuma kita perlu tahu setakat dan sekadar mana ‘keperluan’
benda tersebut.
Nikmat berwang dan berduit itu
adalah dengan berbelanja, cuma kita perlu tahu di mana kita perlu belanjakan
duit kita dan ke mana ia perlu di habiskan. Tepuk minda, tanya.
Sahli Arifin,
16.07.2017 06:50PM
Bandar Saujana Putra.
Comments
Post a Comment