Jaga Kesihatan Diri

Kesihatan adalah satu anugerah yang tidak mampu ditimbang oleh neraca timbangan dan tidak mampu dijual beli. Terlalu mahal untuk dijual dan dibeli kerana ianya bukan sekadar satu perasaan semata bahkan satu nikmat yang hanya mampu dirasai oleh orang yang sakit.

Begitulah kata para hukama, ‘nikmat sihat itu dapat dirasi oleh orang sakit. Jika kamu mahu tahu betapa nikmatnya sihat itu, maka tanyalah kepada orang yang sakit’.

Benarlah dan tepatlah kalam tersebut, tatkala kita sedang sakit, saat itulah kita akan merasai betapa tingginya harga sebuah kesihatan. Betapa besar nikmatnya sihat sehingga kita meratap agar diri kita yang sakit kembali sihat kerana dengan kesihatan itu membuatkan kita cergas dan bertenaga sehingga mampu melakukan pelbagai perkara.

Kalau tanya tips, maka kita akan jumpa begitu banyak tips dan nasihat untuk menjaga kesihatan diri. Berdasarkan pemerhatian saya, saya mampu rumuskan nasihat-nasihat dan tips tersebut kepada tiga poin utama:

1. Jaga makan. Makan makanan yang berzat, yang sihat, yang penuh dengan vitamin dan mineral. Perbanyakkan sayur dan buah-buahan. Kurangkan makan makanan yang tidak sihat seperti makanan segera “fast food”, jajan dan seangkatan dengannya.


2. Amalkan gaya hidup sihat. Banyakkan aktiviti yang boleh membuatkan diri kita berpeluh seperti berjalan, jogging, berlari, bermain bola, bermain bola jaring dan yang sama waktu dengannya. kalau berjalan, banyakkan langkah perjalanan.

3. Makan suplemen. Kalau boleh, amalkan suplemen yang betul dan tepat serta sihat. Paling tidak amalkan multivitamin&mineral. Kerana mengikut kajian, orang yang mengamalkan suplemen lebih kurang potensinya untuk dijangkiti penyakit dan untuk jatuh sakit. Cuma, pastikan suplemen yang kita ambil itu betul, bukannya hentam semberono. Kena tahu vitamin apa yang kita ambil. Kenapa saya sarankan multivitamin&mineral? Nanti saya kupas lebih lanjut dalam entry yang akan datang, insya Allah.

Akhir kata, jagalah kesihatan yang sedang kita hayati sekarang ini. Kita cintakan kesihatan kerana sihat itu indah. Jadi, kalau nak indah sokmo, kenalah jaga kesihatan. Jom sihat.

Sahli Arifin,
Bandar Saujana Putra,
26.10.2017 11:28PM 

Comments

Popular posts from this blog

Perak / Dirham : Berbaloikah untuk simpanan?

Perak : Simpanan & Pelaburan

Penting sangatkah ‘introducer’ ni?

Tempat terbaik untuk menjual emas

Tips Beli Emas : Mudah Jual Semula