Jaga Pemakanan Untuk Kekal Sihat
Inilah nasihat yang biasa kita
dengar tiap kali kita mendengar ceramah atau perkongsian khas bersama pakar
nutrisi, doktor dan ahli kesihatan. Setiap dari mereka pasti akan menyebut
nasihat ini kerana ini adalah sifir utama dalam menjaga kesihatan tubuh badan
kita.
Bukan setakat mereka sahaja, ibu
dan ayah kita juga seringkali mengingatkan kita dengan nasihat ini. “Jaga
makan”. Makan berpada-pada, jangan duk hadap semua jenis makanan sebab ada
makanan yang mampu membuatkan kita sakit jika dikonsumsi dalam kadar
berlebihan.
‘jaga pemakanan untuk kekal sihat’
adalah nasihat umum yang mempunyai daya pentafsiran yang berbeza mengikut
individu itu sendiri. Dalam masa yang sama, ia juga membawa maksud yang sama
buat semua orang. Sebagai contoh, kita makan makanan segera, ianya boleh. Boleh
je nak makan makanan tersebut sebab ianya baik, cuma jika dimakan dengan kerap,
ia akan memberi kesan yang buruk pada tubuh badan.
Untuk menjaga kesihatan dengan cara
pemakanan, seseorang itu perlu tahu tentang tubuh badannya. Kenal pasti kondisi
tubuh badan, maka diet yang seimbang perlu diambil dan diamalkan. Segala jenis
saranan dan petua telah disebut oleh para pakar pemakanan dan doktor samada
secara lisan atau bertulis. Google je, penuh nasihat pemakanan.
Untuk kekal sihat, aspek pemakanan
perlu diambil berat kerana setiap kesakitan dan kesihatan itu bermulanya dari
diri kita, dari apa yang kita makan. Bak kata orang, ‘perut kita ni pusat
segala benda’. Nak sihat, makan makanan yang sihat, kalau nak sakit, makan
makanan yang tidak sihat. Sifir mudah, tapi susah untuk diamalkan.
Nak sihat? Jom jaga pemakanan kita.
Sihat bersama.
Sahli Arifin,
Bandar Saujana Putra,
16.12.2017 03:50PM
Comments
Post a Comment