Emas: Aset yang bersifat volatility
Ini adalah fakta yang tidak dapat di
sangkal oleh mana-mana pihak. Emas adalah aset yang mempunyai sifat volatility.
Iaitu sifat yang tidak dapat dijangka dan tidak menentu. Harga emas ada naik
dan turunnya dan emas adalah sesuatu yang tidak dapat dijangka langkahnya di
masa depan samada harganya bakal mencecah bumbung atau membenam bumi.
Guru emas saya selalu sebut, ‘emas
ni barang yang tidak dapat dijangka. Bila dia nak naik, bila dia nak turun’.
Jangkaan dari pakar hanyalah jangkaan, berkemungkinan jangkaan itu akan tepat
dan berkemungkinan juga akan meleset. Ini adat dan resam emas, tidak menentu.
Tetapi, yang pasti, harga emas akan
tetap menaik dalam jangka panjang, jika kita nisbahkan kenaikan itu dengan wang
kertas. Ini disebabkan nilai wang kertas yang semakin menyusut saban tahun,
membuatkan harga barang meningkat dan tentunya barang bernilai seperti emas
lebih-lebih lagi la untuk menaik dan mencanak tinggi.
Sebab itu, tatkala saya membaca
keratan akhbar yang mengatakan, jangkaan harga emas pada tahun 2020 adalah
RM503 untuk satu gram, saya bimbang. Mungkin bunyinya menarik dan menawan hati
sebab nombor bertambah. Mana tidaknya, tahun ini kita beli satu gram dengan
hanya bermodalkan RM190 sahaja, lepas tu tahun 2020, kita jual dengan harga
RM503, untung atas angin sahaja kita dah dapat lebih kurang RM313. Tak perlu
buat apa-apa; hanya perlu beli satu gram, peram sampai tahun 2020, dah untung.
(itu pun jika jangkaan yang dibuat tepat).
Dari satu sudut, mungkin kita nampak
untung dan kaya, tetapi bagi saya, saya bimbang dan khawatir; kerana ini
bermakna ringgit malaysia pada tahun 2020 bakal jatuh dengan teruk. Jika
ringgit tidak jatuh dengan drastik, masakan harga emas bakal melantun naik
begitu sekali? Kerana, sifir mudah dalam melihat harga emas adalah: “nilai wang
kertas jatuh, nilai emas akan naik” kontra antara emas dan wang fiat. Kalau
wang fiat menguat, automatik harga emas jatuh, dan begitulah sebaliknya.
Naik atau turun; tetap
konsisten menyimpan emas
Oleh kerana harga emas dalam jangka
pendek ada naik dan turunnya, guru emas saya pesan, ‘jangan tunggu lama-lama.
Asal ada duit lebih dari dana kecemasan kita, cepat-cepat tukar kepada emas’.
Kerana simpanan kecemasan dalam bentuk wang kertas sudah cukup, jadi kita
memang aim simpanan emas ini adalah untuk masa depan. Apabila masa depan, kita
tak perlu risau sebab dalam sejarah harga emas, harganya akan menaik dalam
jangka masa panjang. Itu lebih untung kerana emas kalis inflasi, berbanding
dengan wang kertas yang bersifat lemah pada inflasi.
Keep calm and save gold.
Sahli Arifin
08.11.2017 07:46PM
Bandar Saujana Putra.
Comments
Post a Comment