Aktifkan Diri Untuk Beraktiviti

Semasa saya mendengar taklimat dan ceramah seputar kesihatan dan penjagaan diri, ada beberapa perkara yang ditekankan oleh panel penceramah. Antara poin yang menarik perhatian saya adalah, ‘kekal aktif’. Ini adalah sifir dan nasihat yang sering kedengaran sekitar ceramah kesihatan.

Begitulah juga saranan yang diberikan oleh panel penceramah di sesi taklimat kesihatan yang saya hadiri. Beliau menekankan agar setiap dari diri kita perlu kekal aktif dan aktifkan diri untuk beraktiviti, bukannya 'mati' di atas katil dan di dalam rumah, kaku tidak melakukan sebarang aktiviti. 

Seiring dengan zaman moden, sebenarnya di dalam rumah juga boleh dijadikan satu tempat dan medium untuk beraktiviti. Dalam rumah kita boleh jogging, berbasikal, berlari, melompat dan sebagainya. tengok saja peralatan senaman yang terjual di pasaran, semuanya boleh digunakan untuk beraktiviti di dalam rumah.


Kalau saya secara peribadi, time saya malas nak jogging dekat luar, dekat taman kawasan rumah, saya hanya jogging di dalam rumah. Saya pusing satu rumah dalam beberapa pusingan. Kalau malas nak kira pusingan, saya tengok jam. Saya akan jogging dalam rumah paling kurang 15 minit; paling lama 30 minit. Habis pusing, tercungap-cungap. Hahaha.

Siapa kata duduk dalam rumah tak boleh nak beraktiviti? Boleh je sebenarnya. Semua atas tengkuk kita. Kita nak buat atau tidak. Banyak sebenarnya yang kita boleh buat untuk kekal aktif dalam kehidupan seharian. Kalau yang kerja dalam ofis dan menghadap laptop berjam-jam tu, cubalah ringankan kaki untuk berjalan sekejap selepas hampir sejam duduk. Renggang-renggangkan sikit tubuh badan.

Pesan pakar, nak tubuh yang sihat, jangan sesekali lupa untuk mengaktifkan diri. Beraktiviti.

Sahli Arifin,
Bandar Saujana Putra,
17.12.2017 08:25PM 

Comments

Popular posts from this blog

Perak / Dirham : Berbaloikah untuk simpanan?

Perak : Simpanan & Pelaburan

Penting sangatkah ‘introducer’ ni?

Tempat terbaik untuk menjual emas

Tips Beli Emas : Mudah Jual Semula