Vitamin & Supplemen Bukan Makanan Gantian

Terlalu ramai yang bercerita tentang vitamin dan zat galian tambahan serta kelebihan mengamalkannya. Saya juga tidak terlepas dari itu memandangkan itulah fakta dan saranan daripada pakar iaitu mengamalkan supplemen tambahan. Akan tetapi, jangan di salah faham dan di salah erti maksud tersebut.

Walaupun para pakar kesihatan dan nutrisi menyarankan agar diamalkan supplemen tambahan, ia bukanlah menjadi jawapan kukuh untuk kita meninggalkan makanan dan minuman ruji harian kita. Walhal, perkara itu tidak wajar untuk ditinggalkan.

Nasi, ikan, ayam, daging, lobak merah, tomato, kubis, epal, oren dan sebagainya adalah makanan yang perlu dimakan. Mentang-mentang kita dah makan vitamin dan mineral tambahan yang mana dosnya tinggi, tak hingin dah dan tak mahu nak menengok dah nasi, ayam dan daging, hanya beralasankan ianya tidak sihat, menggemukkan dan kurang nutrisi.


Seperti mana tajuk entry saya kali ini, jelas info yang saya mahu ketengahkan iaitu vitamin dan zat galian tambahan bukanlah makanan gantian tetapi ianya hanya TAMBAHAN. Apabila tambahan maka ia membawa erti ada makanan utama dan core. Vitamin dan mineral yang diamalkan hanyalah bersifat tambahan, untuk menambah segala jenis vitamin dan mineral yang kurang dari makanan utama kita.

Tentang kekurangan vitamin dan mineral dalam makanan kita, saya ada jelaskan dalam entry sebelum ini, berdasarkan pemerhatian akar nutrisi, makanan kita sekarang ini kurang bervitamin, sedangkan tubuh kita memerlukan dos vitamin yang cukup. Jadi, disarankan untuk mengambil vitamin tambahan adalah untuk mencukupkan dos vitamin yang kurang dari pengambilan makanan ruji harian kita tadi.

Barulah cukup dan sempurna diet harian kita, makanan ruji dan vitamin tambahan. Makan dua perkara ini, insya Allah tubuh kita menerima tenaga, vitamin dan mineral yang mencukupi untuk melakukan proses alami tubuh seperti pertukaran sel yang telah mati, perkumuhan, imunisasi tubuh dan sebagainya.

Nakkan tubuh yang sihat, makanan utama dan ruji perlu dimakan setiap hari, vitamin dan mineral tambahan pula jangan dilupa. Amalkan dua benda ini, insya Allah sihat sejahtera. Oppss. Lupa pula. Saya dah sebut dah pada entry sebelum ini, bukan dua benda ni je yang perlu diambil cakna, tapi aktiviti harian pun kena amal juga, jogging ke, berbasikal ke, main bola ke, macam-macam.

Sahli Arifin,
Bandar Saujana Putra,
15.12.2017 05:01PM 

Comments

Popular posts from this blog

Perak / Dirham : Berbaloikah untuk simpanan?

Perak : Simpanan & Pelaburan

Penting sangatkah ‘introducer’ ni?

Tempat terbaik untuk menjual emas

Tips Beli Emas : Mudah Jual Semula