Penting Sangatkah Vitamin Tambahan & Supplemen Ni?

Ketika saya membaca satu artikel tulisan seorang doktor bernama  Dr. Rizin Kusop, saya mulai sedar bahawa terdapat satu kebenaran yang jelas di sebalik tulisan santai beliau. Ketika beliau menjawab persoalan tentang kepentingan vitamin dan zat galian tambahan, beliau berkata, ‘jawapannya YA dan TIDAK. Jika anda adalah insan yang hidup 100000 atau setengah juta tahun yang lalu, maka jawapannya tidak, tapi jika anda hidup di zaman ini, jawapannya jelas YA’.

Saya tertarik dengan kenyataan beliau. Beliau menjelaskan kenapa beliau memberi pandangan sedemikian. Ini disebabkan nenek moyang kita terdahulu mendapatkan makanan dan minuman adalah dari sumbernya yang asal. Mereka memburu, memetik langsung dari pohon dan kebun, bercucuk tanam tanpa menggunakan sebarang bahan semburan dan baja yang mempunyai kimia seperti sekarang ini. Binatang pula adalah binatang yang sihat yang tidak diberi dedak dan antibiotik serta bermacam kaedah penternakan moden.


Ini membuatkan makanan dan minuman mereka sihat dan penuh berzat. Berbeza dengan kita yang hidup di zaman moden ini. Kebanyakan makanan yang kita perolehi sekarang ini adalah makanan yang diproses, tak kira lagi dengan makanan segera. Minuman pula penuh dengan aneka pilihan yang ternyata lebih banyak bahan tambahan dan perisa demi membuatkannya berasa enak dan berjus.

Tapi, ini tidak bermakna makanan yang kita hadam saban hari tidak mempunyai zat dan vitamin langsung. Kata beliau, ‘sebanyak 70-90% peratus vitamin ini hilang atau dinyahaktifkan ketika pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan dan pengangkutan makanan.’ Beliau memberi contoh, ‘vitamin C yang terdapat di dalam sebiji oren dari kebun organik (kebanyakan buah oren tidak berasal dari kebun organik) di Cina sewaktu pemetikan adalah 70-100mg. Apabila oren yang sama tiba ke tangan anda, kandungan vitamin C yang berbaki adalah hanya 20mg. Aras ini tidak cukup untuk meneutralkan pengawet toksik dan sisa racun perosak pada kulit oren yang anda makan apatah lagi memberi vitamin tambahan untuk diri anda’.

Sungguh mengejutkan, tapi itulah fakta dan realiti hidup di zaman sekarang ini. Belum lagi kita tengok cara ternakan moden. Bagaimana binatang ternakan diberi suntikan hormon tumbesaran, antibiotik, makanan yang tidak sihat, diternak di dalam sangkar kecil dan sempit di mana kondisi tersebut memungkinkan binatang tersebut terkena dan dijangkiti penyakit.

Disebabkan kenyataan inilah, beliau memberi kata putus bahawa kita semua memerlukan vitamin dan zat galian tambahan kerana jika kita hanya mengharapkan pada makanan kita semata, ianya kurang mencukupi sedangkan tubuh kita memerlukan vitamin dan mineral yang cukup untuk melakukan proses tumbesaran, sistem imunisasi tubuh yang kuat dan sebagainya.


Nasihat dan saranan saya, amalkan vitamin dan mineral tambahan demi menjaga kesihatan tubuh badan kita dan memberi vitamin yang cukup untuk tubuh supaya tubuh kita kekal sihat dan kuat.

Sahli Arifin,
Bandar Saujana Putra,
09.11.2017 04:00PM 

Comments

Popular posts from this blog

Perak / Dirham : Berbaloikah untuk simpanan?

Perak : Simpanan & Pelaburan

Penting sangatkah ‘introducer’ ni?

Tempat terbaik untuk menjual emas

Tips Beli Emas : Mudah Jual Semula