Hapuskan NOMBOR pada akaun Bank
Seringkali kita tewas dengan angka
serta digit yang tertera di dalam akaun bank sendiri. lihat susunan angka yang
ada di dalam akaun membuatkan tangan jadi gatal nak keluar dan membeli serta
memborong sakan. Tetiba rasa kasihan pada nombor tersebut jika tidak di
gunakan. (ada juga perasaan macam ni (”,).
Itulah faktor kenapa ramai di
kalangan kita sering tewas dalam aspek simpanan wang, kerana nombor dan digit
yang di tulis rapi di dalam penyata akaun kita. Paling gembira jika susunannya
panjang, 4 angka, 5 angka, 6 angka. Fuhh. Berpeluh dahi dibuatnya melihat angka
yang berbaris elok depan mata. Tu tak keluarkan lagi, kalau dah keluarkan, mahu
terjelopok ke bawah pegang duit sebegitu tebal.
Alhamdulillah, masih ada dalam diri
satu perasaan iaitu mahu menyimpan. Nak menyimpan wang bukannya mudah tapi
tidak susah. Pesan guru kewangan saya, cara nak jaga akaun kita dari
berkurangnya nombor adalah dengan menghapuskan nombor tersebut atau hilangkan
angka-angka tersebut dari benak fikiran kita. Jika nombor dan angka dah hilang,
insya Allah, tak ada dah lagi perasaan nak memborong.
Antara cara yang di cadangkan oleh
guru kewangan saya adalah letak jauh-jauh buku akaun dan juga kad bank yang
boleh akses duit dari ATM. Kalau boleh biar dua benda tu tak terjangkau tangan
nak capai. Bagi dekat ibu kita, suruh dia pegang. Kita, hanya perlu disiplinkan
diri untuk masukkan duit dalam akaun kita; dan tempat yang paling sesuai untuk
simpanan begini adalah Tabung Haji atau mana-mana bank pilihan hati.
Cara kedua yang disarankan oleh
guru saya adalah dengan menukarkan bentuknya daripada helaian kertas kepada
hard asset seperti tanah atau emas. Tapi, emas lebih baik sebab kita boleh
gadai bila-bila masa jika kita nak guna duit kita. Kalau tanah, susah sikit
sebab kita kena cari pembeli dan sebagainya, agak leceh. Tapi, emas ni mudah
saja. Pergi dekat mana-mana pajak gadai, dah boleh dapat duit. Kalau tak nak
gadai, boleh jual.
Kedua-dua cara ini, banyak
kebaikannya jika kita fokuskan mata kita pada kebaikan di sebaliknya. Nak faham
lebih dalam, tanya pada yang pakar. Jangan lokek mulut untuk bertanya, sebab
benda macam ini membabitkan kewangan kita dan masa depan kita. Banyakkan
bertanya dan membina hubungan dengan pakar kewangan. ambil banyak input dari
mereka. Jangan malu-malu.
Kalau ada pembaca yang mempunyai
cara yang lebih efisen, boleh kongsikan samada di bahagian komen atau terus
email atau wasap pada saya supaya saya boleh tahu dan terus berhubung dengan
anda. Kalau email, boleh send dekat qalammukhlis@gmail.com ; kalau nak wasap, boleh ke talian 0132806625. Wallahu a’lam.
Sahli Arifin,
Bandar Saujana Putra,
13.11.2017 08:37AM
Comments
Post a Comment