Paling Tidak: Amalkan Multivitamin&Mineral

Pada entry sebelum ini, saya ada sentuh tentang peri pentingnya vitamin tambahan dan zat galian untuk diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Kalau kita dah tahu pentingnya vitamin dan supplemen tambahan ini, tentu kita nak tahu produk apa yang kita nak gunapakai.

Entry kali ni mungkin bersifat saranan dan cadangan rentetan dari entry yang sebelum ini. Saya rasa tajuk entry ni pun dah jelas apa yang saya nak sarankan iaitu tablet multivitamin&mineral. Kenapa saya sarankan tablet dan produk ini? Kerana namanya sahaja pun dah jelas kan? Multivitamin dan mineral iaitu vitamin yang pelbagai dan bermacam-macam.


Macam yang kita dah tahu, vitamin dekat luar sana tu ada banyak jenis, vitamin A, B, C, D, E, Kalsium, Protein, Zat Besi dan banyak lagi. Kalau nak ikutkan satu per satu, jenuh la kita nak menghadap dan telan 10 biji ubat ni. Dah satu-satu vitamin itu satu tablet, mahunya ada 10 biji atau lebih. Kot-kot sampai 30 biji.

Sejajar dengan zaman yang semakin moden ini, dah ada satu tablet yang dipanggil multivitamin&mineral, semua vitamin dan mineral yang banyak-banyak tu dikumpul dan dijadikan satu tablet sahaja. daripada kita kena hadap 10 biji, sekarang ni hanya perlu hadap sebiji sahaja. Semua vitamin asas ada dalam tu. Tak perlu fikir panjang-panjang.

Tapi, faktanya vitamin-vitamin yang ada dalam tablet multivitamin&mineral tersebut berkuantiti kecil sahaja; dan kebiasaannya syarikat pengeluar berbeza dalam menentukan vitamin dan mineral yang ingin diletakkan dalam tablet mereka. Sebagai contoh ada syarikat pengeluar yang letak boron dalam tablet mereka tapi syarikat lain tidak dan letak vitamin lain. Vitamin berbeza mengikut kehendak pakar vitamin dan nutrisi syarikat masing-masing.

Jadi kalau kita nak impak yang maksima dan terbaik, semak dahulu isi kandungan tablet yang kita nak beli tu dan lebih elok serta cantik jika kita tambah satu lagi tablet vitamin mengikut keperluan vitamin tubuh badan kita. Sebagai contoh, tubuh kita kurang vitamin B; dalam tablet multivitamin ni dah ada dah vitamin B, tapi dosnya tidak cukup. Jadi, kalau nak impak yang lebih baik, tambah lagi satu tablet yang khas, tablet vitamin B yang tentu-tentunya vitamin B sahaja dalam tablet tersebut. Dengan sinergi ini, tubuh kita dapat menyerap vitamin yang mencukupi mengikut keperluan tubuh.

Untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang keperluan tubuh badan pada vitamin apa (tubuh kita kekurangan vitamin apa), boleh terus rujuk pakar nutrisi atau doktor pakar di hospital. Mereka akan bagitahu vitamin apa yang tubuh kita kurang dan diperlukan.

Brand apa? Saya serahkan pada pembaca sekalian sebab diluar sana banyak pilihan. Boleh pilih mana yang berkenan. Blackmores ke, Apperton ke, Shaklee ke, One Tablet One Day ke atau bermacam-macam lagi pilihan. Cuma, pastikan dahulu vitamin tersebut, semak dahulu kuantiti, isi kandungan sebelum beli, adakah syarikat tersebut menggunakan vitamin sintetik atau semulajadi. Boleh semak entry saya untuk melihat tips sebelum nak beli sebarang produk vitamin tambahan.


Kalau anda nak saranan saya tentang brand apa yang terbaik mengikut pemerhatian dan kajian saya, boleh terus mesej saya di talian 0132806625 atau email di alamat qalammukhlis@gmail.com atau komen di bawah entry ini. Kalau tak pun, boleh baca entry-entry saya dalam ruangan kesihatan yang lain. Moga ada manfaat dan kebaikan disebaliknya, insya Allah.

Sahli Arifin,
Bandar Saujana Putra,
10.11.2017 03:35PM 

Comments

Popular posts from this blog

Perak / Dirham : Berbaloikah untuk simpanan?

Perak : Simpanan & Pelaburan

Penting sangatkah ‘introducer’ ni?

Tempat terbaik untuk menjual emas

Tips Beli Emas : Mudah Jual Semula