Berhati-hati Apabila Swap Antara Gold Bar

Ramai yang melakukan muamalat emas (sarf) tetapi tidak tahu atau meringankan soal hukum. Jika melakukan Swap antara emas gold bar mestilah sama beratnya.
Contohnya Swap 9 keping Gold bar PAMP 1gm dengan sekeping 10gm Public Gold, tukaran ini adalah riba yang haram dan jelas. 10gm hendaklah ditukar dengan 1gm x 10 pcs walaupun brand atau nama koleksinya berbeza.

Jika mahu tukar juga 9 keping 1gm PAMP dengan 10gm sekeping Public Gold, hendaklah dibuat transaksi jual beli dengan mata wang lain dahulu. Contohnya jual 10gm Public Gold dengan harga rm1800 sempurna serahan (qabd) secara hakiki atau hukmi, dan beli 9 keping pamp dengan rm1800. Ini bertujuan untuk menjadikan akad lebih transparent dan jelas.
Kredit foto: moshed.com
Inilah pendapat majoriti ulama masa kini berasaskan kepada hadis:
Abu Sa'id Al Khudri RA berkata: "Bilal datang menemui Nabi SAW dengan membawa kurma Barni (jenis kurma terbaik) maka Nabi SAW berkata, kepadanya: "Dari mana kurma ini?" Bilal menjawab: "Kami memiliki kurma yang jenis kurang baik lalu kami jual dua sa' kurma tersebut dengan satu sa' kurma yang baik agar kami dapat menghidangkannya kepada Nabi SAW. 
Maka saat itu juga Nabi SAW: "Celaka celaka, ini jelas riba. Janganlah kamu lakukan seperti itu. Jika kamu mahu membeli kurma maka juallah kurmamu dengan harga tertentu kemudian belilah kurma yang baik ini". 
[Bukhari dan Muslim]


"Ramai yang melakukan transaksi sarf, tapi amat sedikit yang bertakwa (mengetahui hukum dan berusaha mematuhinya)" - Ibn Rusyd

Sumber: muamalat.my

Comments

Popular posts from this blog

Perak / Dirham : Berbaloikah untuk simpanan?

Perak : Simpanan & Pelaburan

Penting sangatkah ‘introducer’ ni?

Tempat terbaik untuk menjual emas

Tips Beli Emas : Mudah Jual Semula