Emas Sebagai Insuran (Pelindung) Kekayaan
Kekayaan kita
juga memerlukan insuran atau perlindungan sepertimana perlunya diri kita,
kereta kita, motor kita, kesihatan kita dan sebagainya. Kenapa perlukan
perlindungan? Supaya barang kita dilindungi dan terjaga. Dalam erti kata lain,
kita ada back up plan jika sesuatu berlaku dan menimpa kita.
Kalau dalam aspek
kekayaan dan harta, insuran kekayaan amat penting agar kita tidak jatuh miskin
dan papa kedana atas faktor kejatuhan ekonomi negara atau dunia. Kekayaan kita
perlu dilindungi dengan perlindungan yang maksimum supaya kita tetap kaya
walaupun ekonomi sedang bergolak. Kita masih mampu tersenyum walaupun pada
waktu itu negara sedang mengalami kemerosotan pada ekonomi.
Emas: pelindung kekayaan
Kenapa ia disebut
sebagai pelindung kekayaan? Ini kerana emas berdiri dengan sendirinya tanpa
perlu jaminan dari kerajaan yang memerintah. Bahkan jika negara yang sedang
kita duduki ini bertukar kerajaan, emas masih dianggap laku serta bernilai.
Berbanding dengan
wang kertas, jika ia tidak dilindungi dengan emas, tatkala kerajaan bertukar
atau politik serta ekonomi negara tidak stabil, maka wang kertas kita akan
menurun nilainya dan mungkin sahaja tidak bernilai sama sekali seperti apa yang
sedang berlaku di Zimbabwe sekarang ini.
Berapa banyak perlu
ditukar kepada emas?
Bukan semua wang
kertas kita perlu ditukar kepada emas. Bak kata Azizi Ali (Pakar Kewangan
Malaysia), beliau menyarankan agar 10% daripada kekayaan kita ditukar kepada
emas agar ia dapat bertindak sebagai pelindung kekayaan kita. Berapa banyak,
saya serahkan kepada pembaca kerana ia tidak terhad, ada sahaja pihak yang
menyarankan agar ditukar 30% daripada nilai kekayaan kita kepada emas, bahkan
ada yang sebut 50%. Maka, terserahlah pada empunya badan, berapa banyak yang
ingin dijadikan ejen pelindung kekayaan kita.
Sahli Arifin
14.01.2017 07:30AM
Kampung Repek,
Pasir Mas, Kelantan.
Comments
Post a Comment