Impak tabiat 1gram 1bulan
Program 1gram
1bulan merujuk kepada sistem simpanan emas yang bersifat konsistensi. Konsisten
dalam menyimpan emas, paling kurang 1gram 1bulan. Iya. Ianya kelihatan kecil
dan biasa-biasa sahaja. 1gram untuk setiap bulan. Nampak kecil tapi besar
ertinya. Kenapa?
Tidak lain dan
tidak bukan adalah pembinaan tabiat. Program ini sebenarnya lebih kepada
membina tabiat dalam menyimpan, membina konsistensi dalam diri untuk menyimpan.
Jika wang kertas kita wajibkan diri untuk simpan paling kurang RM200 sebulan,
maka dalam simpanan emas, wajibkan diri untuk menyimpan paling kurang 1gram
1bulan. 1gram emas hanyalah sekitar RM185-190 (buat masa ini) sahaja.
Apabila tabiat
sudah terbina, hati tidak lagi berasa berat untuk menyimpan bahkan hati makin
seronok. Seronok dapat tengok gram emas makin bertambah tiap bulan. Bahkan,
jika bulan tersebut tidak ditambah simpanannya, hati mulai resah, gelisah
kerana simpanan tidak bertambah. Secara automatik, setiap bulan kita akan asing
wang kita untuk simpanan. Guna kaedah : Asing – Simpan – Lupa.
Ia mungkin tampak
kecil tapi impaknya agak besar. Jika kita kira, setiap bulan kita simpan secara
konsisten 1gram 1bulan, 1tahun kita sudah ada 12 gram emas. Jika 5 tahun, kita
sudah ada 60 gram emas. Itu bukannya kecil, tapi besar. 60 gram emas besar
bunyinya. Itu kalau kita simpan 1gram 1bulan. Jika kita simpan 1bulan 2gram?
Kalau 1bulan 1dinar (1 Dinar = 4.25gram)? berapa agaknya emas kita selepas 5
tahun?
Sahli Arifin
07.01.2017 07:35AM
Mahallah Zubair
UIAM, Gombak.
Comments
Post a Comment