Peratus Terbaru Spread Emas Public Gold

[Makluman]

Syarikat Public Gold (PG) telah mengeluarkan notis dan kenyataan bahawa spread harga emas akan diubah bermula pada 1 Januari 2017.
Bermula 01.01.2017 dan keatas, peratus atau kadar spread emas Public Gold akan bertambah sebanyak 1%.

Kenapa berlaku perubahan dan peningkatan?

Ini disebabkan nilai matawang Ringgit Malaysia (MYR) menurun dan nilai Dollar Amerika (USD) menguat. Atas faktor tersebut, syarikat Public Gold mengambil inisiatif untuk menaikkan kadar spread emas bagi setiap item. Tapi, sifir yang sama masih diguna: “makin besar item, makin kecil spread”.
Berita baiknya, spread emas syarikat Public Gold masih berada di bawah 10% dan masih releven serta rendah berbanding syarikat lain.

Ada kaitan ke antara USD dan MYR sehingga PG perlu buat rombakan nilai spread?

Ya. Memang ada, dan kaitannya amat besar pada syarikat. Bukan sahaja pada syarikat PG, bahkan seluruh syarikat di Malaysia kerana apabila MYR jatuh, ia akan memberi kesan pada nilai matawang kita.

Buat pengetahuan pembaca, syarikat PG membeli emas dari pengeluarnya iaitu Nadir Metal Refineri, Istanbul, Turki adalah dengan menggunakan matawang USD, maka perbezaan nilai antara MYR dan USD akan terlihat di situ. Jadi, untuk menstabilkan perbezaan, syarikat PG terpaksa menaikkan kadar spread setiap item.

Penting ke spread ni?

Ya, penting. Saya sudah ulas tentang masalah spread emas dalam artikel saya yang sebelum ini, boleh rujuk di SINI.

Ini adalah senarai peratus spread yang akan berkuatkuasa mulai pada hari ini sehingga ke tahun-tahun yang ke depan.
Peratus terbaru Spread Emas Public Gold


Sahli Arifin
01.001.2017 03:20PM
Mahallah Zubair
UIAM, Gombak.

Comments

Popular posts from this blog

Perak / Dirham : Berbaloikah untuk simpanan?

Perak : Simpanan & Pelaburan

Penting sangatkah ‘introducer’ ni?

Tempat terbaik untuk menjual emas

Tips Beli Emas : Mudah Jual Semula