Harga emas jatuh; Apa perlu buat?

Waktu harga emas jatuh, saya ambil peluang tersebut untuk mewar-warkan pada sahabat pembaca di FB dan juga group whatsapp emas saya. Saya ‘boom’kan wall fb saya dengan post harga emas jatuh. Sebagai contoh, semalam harganya RM188/g, hari ini RM186/g. Maka, time inilah saya akan promote habis-habisan untuk sahabat pembaca grab peluang beli emas.

Pernah orang tanya, “dah harga emas jatuh, apa yang perlu kita buat?”. Paling kerap soalan ini disoal apabila harga emas jatuh secara konsisten, berturut-turut sepanjang minggu. Harga emas terus merudum, apa perlu dibuat? Rasa rugi ada lah; sebab beli harga 191/g, tengok-tengok lepas tu harga jatuh memanjang. Sedih la macam ni. Bila nak untung. Cuba bagi guide sikit, apa yang perlu dibuat time harga emas jatuh.

Inilah peluang untuk membeli sakan

Pesan guru dan mentor emas saya: “ketika harga emas jatuh, itulah peluang kita untuk beli emas dengan harga rendah, murah dan ‘diskaun’, sebab bukan senang peluang beli harga emas murah ni, sebab emas selalu ‘mahal’, jadi apabila ada peluang harga emas tengah cantik, rendah dan murah; ambil peluang tersebut, beli dan tambah gram emas kita”.

Ramai yang sedang menanti bila harga emas jatuh dan murah. Soalan yang selalu saya dengar, ‘bila ya agak-agak harga emas akan jatuh?’, ‘nanti kalau harga emas jatuh, murah; bagitahu ya’. Kenapa mereka duk tunggu saat harga emas jatuh? Sebab mereka nak beli emas pada harga murah. Mereka nak tambah aset emas mereka dalam amaun yang besar pada harga yang murah dan rendah.

Tapi, kalau dah beli sebelum ini dengan harga mahal, contohnya 191/g, dan hari ni beli lagi dengan harga 186/g, apa faedahnya?

Harga Purata

Faedahnya, kita dapat harga purata untuk belian kita. Sebagai contoh, belian pertama kita 191 dan kedua 186. Total belian kita: 2gram bersamaan dengan RM377 (191+186). Maka harga puratanya adalah RM188.5 per gram (377/2). Ibaratnya, kita beli setiap 1gram dengan harga 188.5 sahaja, bukannya 191 atau 186. Semakin kerap kita beli, semakin kecil amaun per gram yang kita beli mengikut harga purata yang telah kita kira selepas belian-belian yang kita lakukan sebelum ini; dan kita sudah ada harga purata untuk belian seterusnya. Kita sudah tahu, berapa harga purata emas belian kita.

Harga emas jatuh; apa perlu buat?:
1. Ambil peluang untuk beli emas, kerana inilah masanya kita beli emas dengan harga rendah dan murah.
2. Kalau tak nak tambah gram emas, simpan sahaja emas yang kita dah beli sebelum ini. Peram biar lama.

Sahli Arifin
09.03.2017 09:20AM
Kampung Repek,
Pasir Mas, Kelantan.

Comments

Popular posts from this blog

Perak / Dirham : Berbaloikah untuk simpanan?

Perak : Simpanan & Pelaburan

Penting sangatkah ‘introducer’ ni?

Tempat terbaik untuk menjual emas

Tips Beli Emas : Mudah Jual Semula