Langkah Pertama Membina Kekayaan

Ramai yang ingin menjadi kaya, mempunyai wang dan harta yang banyak, kalau boleh melimpah ruah. Sampai orang kata, ‘harta dia, 7 keturunan pun tak habis’. Masing-masing punya keinginan dan kehendak untuk menjadi kaya; tapi apakah langkah untuk menjadi kaya seperti yang diinginkan?

Apabila kita sentuh bab langkah dalam membina kekayaan, pasti kita akan menemui banyak cara dan garis panduan yang ditulis dan digariskan oleh pelbagai pihak dan individu; dan saya juga sekarang ini sedang menulis satu langkah dalam membina kekayaan. Cuma, bezanya saya hanya akan cerita tentang langkah pertama sahaja. Langkah seterusnya? Boleh berjumpa dan bertanya pakar-pakar.

Pelbagaikan sumber pendapatan

Ada yang sebut, antara cara nak bina kekayaan adalah pelbagaikan sumber pendapatan. Jangan hanya ada satu sumber sahaja, tapi jadikan lebih dari itu. Dua, tiga, empat atau lebih kerana apabila sumber kita banyak, kita tak perlu risau jika salah satu sumber kita tiba-tiba berhenti memberikan sumbernya pada kita kerana kita ada sumber yang lain.

Saya akui sebutan tersebut kerana ada benarnya dan memang terbukti ia memberi kesan dalam pembinaan kekayaan peribadi. Jika kita hanya ada satu sumber pendapatan sahaja, ia akan menjadi masalah pada kita jika sumber tersebut sudah berhenti dari menyalurkan sumbernya dan kita terpaksa mencari sumber yang lain dalam masa yang singkat dan dalam keterbatasan kudrat masa dan tenaga.

Simpan: Tambah Kekayaan Diri

Cuma, satu perkara yang amat penting dan perlu di titik-beratkan oleh setiap orang yang betul-betul ingin membina kekayaan; iaitu menyimpan wang, harta dan kekayaan. Ramai orang mampu mempelbagaikan sumber pendapatan, tapi tidak ramai yang boleh menyimpan wang mereka. Ramai yang mampu membayar hutang-hutang secara konsisten tiap bulan, tapi tidak ramai yang mampu menyimpan wang mereka secara konsisten dan teratur.
Penting sangat ke menyimpan ini? Iya. Tersangat penting dan ia adalah langkah PERTAMA dalam membina kekayaan. Kita tidak akan mampu menjadi kaya jika kita tidak ada simpanan kerana simpanan adalah pertambahan dana dalam akaun kekayaan diri sendiri sedangkan perbelanjaan pula adalah pertambahan dana dalam akaun orang lain. Sifir mudah: “kita simpan duit, duit itu masuk dalam poket kita. Kalau kita belanja, duit kita masuk dalam poket orang lain”.

Jadi, jika kita mahu membina kekayaan, pertama sekali, perbanyakkan duit dalam dompet kita dahulu, biar dompet kita tebal, duit kita bertimbun. Selepas dompet kita dah tebal, barulah kita mula menebalkan poket orang lain pula dengan berbelanja. Tapi, jangan hanya tahu berbelanja semata, biarlah belanja kita itu di back up dengan simpanan yang baru. Barulah kekayaan kita steady, sekata dan sama. Dompet stay tebal walaupun duit sudah dikeluarkan.

Nak kaya? Simpan dahulu. Pesan pakar kewangan semisal Azizi Ali, paling kurang simpanlah 10% daripada pendapatan kita dan masukkan ia dalam ‘dompet’ simpanan kita. Simpanan yang tidak di sentuh. Simpanan yang khas untuk simpanan sahaja. Kita hanya simpan 10% sahaja sedangkan kita sentuh 90%. Jadi, janganlah terkejut dengan angka 10% tersebut kerana amaun itu adalah untuk diri kita, untuk menambah kekayaan diri sendiri.

Sahli Arifin
21.03.2017 09:18AM
Kampung Repek,
Pasir Mas, Kelantan.

Comments

Popular posts from this blog

Perak / Dirham : Berbaloikah untuk simpanan?

Perak : Simpanan & Pelaburan

Penting sangatkah ‘introducer’ ni?

Tempat terbaik untuk menjual emas

Tips Beli Emas : Mudah Jual Semula