Kesilapan Pembeli Emas

Perkara ini sepatutnya boleh dielak oleh setiap orang yang ingin membeli emas kerana kesilapan ini sebenarnya, dapat me’rugi’kan pembeli jika mereka sudah terjatuh dalam lubang kesilapan ini. Saya juga pernah termasuk dalam kategori ini disebabkan kejahilan saya sendiri. Saya tidak mahu kawan-kawan saya dan pembaca blog ini turut jatuh ke lubang yang sama. Biarlah saya seorang sahaja yang pernah rasa.

Antara kesilapan yang biasa dilakukan oleh pembeli atau bakal pembeli emas adalah seperti berikut:

#1- Beli tanpa ilmu, ikut-ikut sahaja.

Membeli tanpa ilmu adalah satu kesilapan yang besar. Trend ikut member, ikut trend semasa, ikut style, sebenarnya mampu menjerut leher si pengikut kerana mereka ikut semata-mata ikut, tanpa punya landasan ilmu dan sebab yang valid. Ilmu emas perlu diketahui dan dipelajari, paling kurang ilmu asas seperti kelebihan dan jenis produk yang sesuai untuk simpanan dan pelaburan emas.

Saya nasihatkan pada kawan-kawan semua, jika nak beli emas, paling kurang, baca satu buku khas yang cerita pasal emas, seperti buku ‘Masa Untuk Emas’ oleh Azizi Ali atau mana-mana e-book percuma yang boleh di dapati di mana-mana link website emas. Antara web yang saya syorkan kepada kawan-kawan saya adalah web guru dan mentor emas saya, En. Mohd Zulkifli Shafie – mohdzulkifli.com

Paling tidak pun, anda boleh baca artikel-artikel yang saya published di blog ini, kerana kebanyakan topik yang saya tulis dan publish adalah ilmu asas tentang simpanan dan pelaburan emas. Dengan harapan, tulisan saya yang kecil ini dapat membantu pembaca dalam memahami ilmu asas tentang emas secara umum, general view.

#2- Tunggu harga emas rendah

Ini antara tabiat saya pada masa lampau. Menunggu harga emas rendah untuk belian pertama. Kenapa ia di senaraikan sebagai satu kesilapan? Kerana, kita tidak tahu berapa harga ‘rendah’ itu dan kita tidak akan tahu selagi mana kita tidak buat belian pertama. Sifir mudah untuk ini adalah, beli dulu paling kurang 1gram emas, baru tahu rendah atau tinggi, murah atau mahal.
Kita mungkin tahu dari kawan-kawan penyimpan emas yang harga emas tengah jatuh, tapi jatuhnya harga emas bukan bermaksud harga itu rendah. Siapa tahu harga itu rendah atau mahal? Kita sendiri. Belian pertama kita dikira sebagai benchmark (penanda aras). Sebagai contoh, jika belian pertama saya untuk 1gram emas bernilai RM185. Saya akan tahu yang harga 182/g adalah murah dan rendah kerana benchmark saya 185. Saya akan tahu yang harga 187/g itu mahal dan tinggi kerana benchmark saya 185.

#3- Beli emas murah tanpa lihat faktor lain

Kebiasaan orang, termasuk saya sendiri, suka cari dan beli barang yang murah. Betul tak? Beli emas yang murah itu tidak salah tetapi yang salahnya adalah beli emas murah tanpa lihat faktor yang lain. Untuk beli emas yang terbaik, emas itu datang dengan pakej yang lengkap. Kalau nak beli emas murah, paling kurang, kita kena semak ketulenan, berat, syarikat pengeluar, kebolehan untuk dipajak, kemampuan syarikat untuk beli semula emas walaupun kondisi emas calar, bengkok atau patah dsbginya.

#4- Salah pilih tempat untuk jual emas

Antara kesilapan pembeli emas adalah salah memilih tempat untuk menjual emas. Untuk mendapat keuntungan yang baik, tempat paling sesuai adalah pada syarikat yang kita beli. Jika kita beli dari syarikat Power Gold, jual semula pada Power Gold. Jika beli dari Maybank, jual semula pada Maybank. Jika beli dari Poh Kong, jual semula pada Poh Kong. Begitulah sifirnya, kerana syarikat sudah letak spread harga emas yang tetap.

Kesilapan yang biasa berlaku, si A membeli dari Maybank tapi jual pada kedai emas. Ini satu kesilapan yang besar, kerana jika kita jual emas yang kita beli bukan pada pengeluarnya, kita akan rugi paling kurang 25% untuk spread emas sahaja. Itu satu kerugian yang besar! Jadi, pilihlah tempat yang betul. Kalau betul-betul nak jual emas kita, hanya ada 3 tempat yang sesuai: 1) Syarikat pengeluar. 2) Ejen syarikat pengeluar. 3) Orang yang nak beli emas direct dari kita.

#5- Beli emas dengan menggunakan wang yang akan diguna dalam masa terdekat

Harga emas ada turun dan naik. Untuk jangka pendek, harga emas memang tidak menentu, turun dan naik sentiasa berlaku. Naik pula, bukannya banyak, paling tinggi pun RM5 per gram (untuk jangka pendek). Kalau jatuh, lagi la. Sebab itu, saya selalu nasihatkan pada kawan-kawan saya yang nak beli emas, beli emas guna wang yang memang kita dah asing awal-awal, yang memang kita tak mahu guna untuk jangka pendek. Wang yang memang dikhaskan untuk simpanan jangka panjang, sekitar 1tahun keatas.

Ini untuk jaga hati dan emosi. Supaya kita tidak disibukkan dengan kerja ‘monitor harga’ setiap hari, saat dan detik. Hari-hari semak harga, sebab tunggu masa nak jual, sebab nak guna duit. Tidur tak lena dibuatnya. Nak rasa happy dan cool, beli hari ni, semak harga tahun depan. Kalau beli 22.11.2016, semak balik harga pada 22.11.2017. Kalau kita beli hari ini, bulan depan dah nak jual, kemungkinan kita akan rugi atas spread emas sekitar 5-10%.
Belajar dahulu, semak dahulu, baru start.

Saya nasihatkan, biarlah kita ada ilmu asas sebelum nak bermula, supaya hati lebih tenang dan aman. Tak adalah masalah timbul masa depan nanti, sebab kita tahu apa yang kita buat, kenapa dan mengapa.

Sahli Arifin
08.03.2017 11:06PM
Kampung Repek,
Pasir Mas, Kelantan.

Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Perak / Dirham : Berbaloikah untuk simpanan?

Perak : Simpanan & Pelaburan

Penting sangatkah ‘introducer’ ni?

Tempat terbaik untuk menjual emas

Tips Beli Emas : Mudah Jual Semula