Kesusahan Pada Langkah Pertama

Siapa yang tak mahu berjaya, betul tak? Semua orang nak berjaya dalam hidup. Kalau sebut berjaya, banyak tafsiran yang akan kita dengar. Ada yang kata berjaya itu adalah banyak duit, rumah besar, dapat luang masa dengan keluarga, pendapatan yang banyak, bebas kewangan, ada bisnes yang maju dan banyak lagi.

Kalau kita jumpa pakar dan perunding dalam bidang yang pelbagai, sebagai contoh, kita nak buat bisnes dan kita letak matlamat bahawa bisnes yang kita mahu bangunkan akan memberi pulangan yang lumayan setiap bulan. Saya percaya, pakar dan penasihat ini akan memberi beberapa cadangan dan kaedah supaya matlamat kita itu tercapai.

Tapi, percaya tak jika saya kata, nak buat atau langkah pertama dirasakan payah. Meskipun pakar sudah memberi jalan, akhirnya terletak pada kita sama ada ingin melangkah seperti yang diajarkan oleh mereka atau tidak. Langkah pertama memang agak sukar sebab kita masih belum biasa, rasa takut, gusar dan ragu-ragu wujud.
Semuanya susah. Tak ada yang mudah. Walaupun ada kawan kita kata, buat benda ini, mudah sahaja. Sebenarnya ia susah, tapi hanya pada permulaan sahaja. Apabila kita sudah terbiasa, semua jadi mudah. Sebab itu kawan kita kata mudah, sebab dia sudah biasa.

Saya percaya, rakan-rakan pembaca juga pernah lalui perkara ini. Sebagai contoh, kita nak mengemas rumah. Rasa malas, berat, mengantuk dan banyak lagi alasan akan muncul bertubi-tubi. Tapi, apabila kita buat langkah pertama dengan mengambil penyapu, kemudian mulai menyapu, kita nampak sampah dan debu berkurangan, lantai nampak makin bersih. Kita jadi nak kemas lagi dan lagi. Daripada mulanya hanya sapu di ruang tamu, akhir sekali kita sapu satu rumah.

Sama juga dengan bawa motor. Sebelum ni, kita nampak orang lain bawak mudah sahaja. Tapi apabila kita mula-mula nak tunggang motorsikal tersebut, kita rasa mudah tak? Tentu tidak. Waktu itu la kita akan rasa susah nak imbang badan, nak start motor tak berapa nak hidup, lepas tu nak bawa dengan baik takut terlanggar pasu dan banyak lagi. Itu dulu, waktu mula-mula nak bawa motor. 

Sekarang ini? Nak kata mudah tak mudah bawa motor, kadang-kadang bawa motor pun boleh lepas tangan. Dulu, nak pulas minyak motor pun segan-segan, sekarang ni, pakar. Begitulah lumrahnya, langkah pertama memang dirasakan sukar dan payah, tapi apabila dah mulai dan dah biasa, semua jadi mudah.

Sahli Arifin
Residensi Zamrud
03.02.2021 10:20AM
kredit foto:https://www.beateatingdisorders.org.uk/ 

Comments

Popular posts from this blog

Perak / Dirham : Berbaloikah untuk simpanan?

Perak : Simpanan & Pelaburan

Penting sangatkah ‘introducer’ ni?

Tempat terbaik untuk menjual emas

Tips Beli Emas : Mudah Jual Semula