Harga emas naik balik: sedih atau gembira?


“Menyesal tak beli emas semalam. Harga dah naik semula”.
Ini adalah keluhan yang selalu saya dengar daripada orang ramai yang rata-rata rasa menyesal sebab tak beli emas waktu harga emas tengah jatuh.


Baru-baru ini, harga emas pernah jatuh sehingga RM173 per gram dan keesokannya ia menaik semula ke paras RM175 per gram. Dah naik RM2. Rugi kan tak beli waktu harganya RM173?

Rugi. Memang rugi sebab sudah terlepas peluang membeli emas pada harga yang murah. Alhasil, hari ni kena beli pada harga yang sedikit mahal. Tapi, satu benda yang saya sudah sentuh sebelum ini dan saya ingin nasihatkan sekali lagi buat para pembaca yang baik sekalian. Tolong jangan bazirkan emosi anda pada harga emas yang memang pada hakikatnya mempunyai sifat turun naik: volatility.

Itulah fakta harga emas, ada naik dan ada turun. Kalau nak main emosi maka kita akan penuh beremosi dan hanya akan berduka sepanjang masa. Perasaan bercampur baur, tidak keruan sebab harga emas memang selalu ada pergerakan. Ini akan mengundang keresahan kepada mereka yang mengutamakan emosi.

Jadi, pada kesempatan ini, saya dengan rendah hati ingin menyarankan anda:
-jangan bazirkan emosi.
-keep calm and save gold.

Sahli Arifin
Universiti Kebangsaan Malaysia
22.07.2018 02:59PM

Comments

Popular posts from this blog

Perak / Dirham : Berbaloikah untuk simpanan?

Perak : Simpanan & Pelaburan

Penting sangatkah ‘introducer’ ni?

Tempat terbaik untuk menjual emas

Tips Beli Emas : Mudah Jual Semula