Harga emas dah jatuh!
Sebulan
dua ni, kalau lihat graf emas mesti ada yang terkejut sebab trendnya menurun
dan bukan menaik. Lebih banyak turun daripada naik. Pada situasi ini, kita
dapat lihat dua jenis orang, gembira dan sedih. Kebanyakannya sedih sebab tak
dapat nak kaut keuntungan. Walaupun ada yang sedih, lebih ramai yang gembira
sebenarnya; sebab inilah masanya untuk membeli dan memborong barang bernilai
pada harga yang sangat rendah.
Kalau
saya tak salah, inilah harga yang saya mula-mula nak berjinak dalam pelaburan
emas waktu saya mula melangkah dalam simpanan emas; RM174 per gram. Terlalu murah
bagi saya jika saya lihat pada saat ini, sebab saya pernah beli pada harga emas
sedang naik. Faktanya, harga emas pernah naik sampai RM195 per gram dan
sekarang lihatlah harganya, RM174!!!
Emas
ni tak untunglah
Betul.
Kalau ada yang cakap macam tu, jawapan pertama saya adalah betul. Memang emas
ini tidak membawa keuntungan pun. Sebab apa saya kata tak untung? Sebab kita
tak tahu cara nak ambil untung daripada emas. Kalau kita tahu caranya, tentu
sahaja kita tak akan kata emas ni tak menguntungkan, bahkan kita akan lebih
banyak menukar wang kertas kita kepada emas sebab kita tahu nilai sebenar emas.
Harga
tengah jatuh ni, nak beli ke nak buat apa?
Jawapannya,
saya serahkan kepada anda. Adakah anda mahu beli atau tidak. Saya hanya pemudah
cara dan memberi tahu kepentingan menyimpan emas, bukan memaksa anda untuk
membeli emas.
Kalau
anda minta saranan saya, jawapan saya tentulah YA. Inilah masanya untuk anda
memborong. Terlalu jarang untuk harga emas jatuh sebegini banyak. Mungkin inilah
peluang yang perlu diambil oleh penyimpan dan pelabur emas serta penjual kerana
dapat menambah stok emas dalam simpanan mereka.
Tak
nak tukar wang kepada emas? Tidak mengapa. Cuma saya ingatkan agar anda tidak
menghabiskannya melainkan pada tempat yang baik dan sesuai.
Dah
ada keputusan? Lakukan. Jangan tangguh lagi.
Sahli
Arifin
Universiti Kebangsaan Malaysia
19/07/2018 08:17AM
Comments
Post a Comment