Hutang: Perbelanjaan Pendapatan Masa Depan

Bak kata guru kewangan saya, En. Mohd Zulkifli Shafie, maksud hutang itu adalah: membelanjakan pendapatan masa hadapan. Dalam erti kata lain, duit belum dapat di tangan, tapi sudah siap-siap dibelanjakan. Belum sempat gaji pendapatan singgah di tangan, sudah diambil nilai dan amaunnya oleh si pemiutang.

Saya terfikir, jika hutang itu memberi definisi perbelanjaan pendapatan masa hadapan atau dalam kalimah yang lain, duit bulan depan tapi diguna untuk bulan ini. Jadi, masa depannya nanti, nak belanja guna pendapatan yang mana pula? Sebagai contoh, gaji si A adalah RM2500 sebulan. Bulan ini dia belanjakan ‘wangnya’ sebanyak RM3500. RM2500 cash dan RM1000 via kad kredit atau hutang.
Jadi, bulan depan gajinya tetap akan dapat RM2500 tapi selepas ditolak belanjanya yang lepas yang menggunakan wangnya bulan ini sebanyak RM1000, berapakah gaji bersihnya? Hanya RM1500 sahaja. Walhal, amaun selayaknya adalah RM2500. Perbelanjaan telah dibuat pada bulan sebelumnya.

Sifirnya mudah: “Makin besar hutang yang kita buat, makin kecil wang yang akan berada di tangan kita kelak.” Mungkin sahaja, gaji-gaji kita kelak hanya akan dan bakal diguna sebagai bayaran atas hutang yang dilonggokkan oleh nafsu berbelanja kita sahaja. Seronokkah begitu?

Mahu berhutang? Fikir dahulu.

Sahli Arifin
25.05.2017 10:17AM
Putrajaya.

Comments

Popular posts from this blog

Perak / Dirham : Berbaloikah untuk simpanan?

Perak : Simpanan & Pelaburan

Penting sangatkah ‘introducer’ ni?

Tempat terbaik untuk menjual emas

Tips Beli Emas : Mudah Jual Semula