Emas: Sentiasa Mahal

Ketika saya hadir ke seminar simpanan emas anjuran Public Gold, dan speaker pada hari itu adalah guru emas saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie di Ampang. Saya dan kawan saya mengambil peluang yang terhidang untuk bertemu dan berbual barang sebentar dengan guru saya seputar emas selepas selesai slot ceramah dari beliau.
Usai sahaja sesi pembentangan, ada sedikit masa luang sebelum ke sesi cabutan bertuah, saya dan kawan saya bangkit dari kerusi dan menuju ke arah Tuan Zulkifli memandangkan pada waktu itu orang ramai sedang berpusu di meja belian untuk merebut belian emas dengan harga diskaun. Saya menyapa Tuan Zul dan perkenalkan diri, dan Alhamdulillah, beliau familiar dengan nama saya memandangkan saya sering wasap beliau secara personal.

Sedang kami berbual-bual, tanya itu dan ini tentang emas secara rawak. Ada sedikit gap, kawan saya mencelah, dia tanya Tuan Zul, ‘Tuan Zul, macam mana ya nak close sale dengan new customer? Kalau saya sebut harga, mesti diaorang akan balas mahal’. Tuan Zul senyum dan terus balas, ‘emas ni barang bernilai, dan dia memang orang akan kata mahal. Tak percaya, cuba tanya atuk awak, harga emas zaman dia dulu, bukan zaman sekarang, zaman dia dulu, berapa harga satu gram, dan tanya waktu tu atuk rasa mahal ke murah; dulu harga satu gram dalam 100 ringgit je, zaman tu, orang kata mahal. Tapi kalau kita sebut harga zaman dulu, orang kita akan cakap mahal ke murah? Orang sekarang akan cakap harga zaman dulu murah, tapi orang zaman dulu kata waktu itu harga emas mahal’. Sambung beliau lagi, ‘emas ni, orang akan selalu cakap mahal’.

Barang bernilai mestilah mahal

Itulah hakikat emas. Ianya bernilai tinggi dan apabila bernilai tentunya mahal. Tak ada barang bernilai dan berharga dijual murah. Bila murah? 10 ke 20 tahun yang lampau. Iya, harga waktu itu murah jika kita sebut harganya sekarang. Kalau nak lebih jelas, sekarang ini, harga emas sekitar RM190 satu gram. Kita rasa mahal kan? Ke murah? Bagi saya, mahal. Mana tak mahalnya, barang kecil, satu gram, kecil dan ringan tapi harga nak cecah RM200.
Okay, sekarang ni kita cakap RM190 untuk satu gram itu mahal. Mengikut trend harga emas, dia akan menaik dalam jangka panjang, 2-3 tahun ke atas. Jangkaan pakar ekonomi, harga emas untuk satu gram adalah RM503 pada tahun 2020 (jangan percaya bulat-bulat sebab ini semua barang masa depan, hanya sekadar jangkaan dari pihak yang membuat kajian, tapi ia tidak mustahil).

Sekarang, kononya kita dah berada pada tahun 2020. Kita pergi dekat syarikat jual emas, tanya harga emas untuk satu gram berapa. Dia cakap, 1gram = RM500. Waktu itu, kita akan cakap apa? “Ya Allah, mahalnya. Barang kecil sekeping ni 500?! Biar betul?! Zaman saya dulu, 2017 harga emas untuk 1gram dalam 190 je, kenapa mahal sangat ni?”, jawab penjual, ‘itu dulu cik, sekarang lain’.

Dulu ke, sekarang ke, akan datang ke, emas tetap akan di panggil barang yang mahal. Mahal. Mahal dan mahal.

Keep calm and save gold.

Sahli Arifin
14.05.2017 09:09AM
Bandar Saujana Putra.

Comments

Popular posts from this blog

Perak / Dirham : Berbaloikah untuk simpanan?

Perak : Simpanan & Pelaburan

Penting sangatkah ‘introducer’ ni?

Tempat terbaik untuk menjual emas

Tips Beli Emas : Mudah Jual Semula