Risiko Dalam Menyimpan dan Melabur Emas

Saya selalu dengar kelebihan dan kebaikan menyimpan emas. Memang ada kebaikan sahaja ke emas ni? Takkan tak ada risiko dalam simpanan dan pelaburan emas? Cuba cerita sikit sisi gelap emas ni, mustahil zero risiko, kan?

Betul. Simpan dan melabur emas pun ada risiko, mustahil sekiranya ada wakil atau ejen emas yang kata simpan emas ni zero risiko. Bahkan, semua jenis instrumen kewangan ada risiko yang tersendiri. Soalnya bukan pada risiko sebab semua ada risiko, tapi bagaimana kita mendepani risiko tersebut.

Apabila kita tahu risiko di sebalik satu-satu perkara tersebut, kita boleh membuat penilaian dan langkah terbaik untuk mengelakkan diri atau mengurangkan kadar risiko yang akan kita tempuhi kelak sekiranya ada. Jadi, apa risiko dalam simpanan dan pelaburan emas ni?
Apa yang saya akan sentuh ini adalah tertumpu kepada emas fizikal, bukannya emas kertas ya, tapi tetap, ada sangkutan di antara satu sama lain. Baik, berikut adalah tiga (3) risiko utama dalam simpanan dan pelaburan emas fizikal:

1. Emas hilang.
Termasuk dalam poin ini adalah emas yang kita beli dan simpan itu dicuri, diambil orang, lupa letak dekat mana, hilang tanpa jejak dan yang sama waktu dengannya. Inilah risiko kalau simpan emas fizikal. Kalau dah hilang, ibaratnya tak ada la emas di tangan kita.

2. Ditipu di dalam urus niaga emas.
Ramai di luar sana yang tertipu dengan skim dan urus niaga yang berwajahkan emas. Tidak lupa juga ada yang tersalah beli emas yang nampak tulen tapi rupanya palsu hanya disebabkan tertipu atau termakan dengan 'harga murah atau harga runtuh'.

3. Harga emas jatuh dalam jangka masa pendek.
Seperti sedia maklum, harga emas ini ada turun naiknya kerana ia adalah komoditi yang didagangkan. Kebiasaannya, harga emas ni banyak pergerakan turun naiknya dalam jangka pendek. Sebab itu harga jatuh dikategorikan sebagai risiko sebab apabila harga emas jatuh, nilai kekayaan dari simpanan emas kita pun akan jatuh.

Bagi saya, risiko dalam simpanan emas ini adalah seperti poin-poin di atas. Itu sahaja. Oh ya, ada juga yang bertanya, kalaulah saya beli dari syarikat A, dan saya simpan emas keluaran syarikat tersebut. Selepas 5 tahun saya simpan, saya nak jual semula, syarikat tersebut dah gulung tikar, macam mana? Risiko tu.

Betul. Itu juga adalah risiko, cuma bagi saya ia bukan risiko yang besar sebab apabila emas ada di tangan kita, walaupun syarikat tersebut dah 'hilang', kita sebenarnya masih boleh menjual emas tersebut kepada syarikat lain. Sebab apa? Saya rasa anda tahu jawapannya. Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana emas ini diterima di mana-mana, walaupun emas yang kita beli itu merentas sempadan negara dan dunia, emas tetap laku dan berharga.

Cuma, menjual emas semula pada syarikat pengeluar lebih menguntungkan. Itu sahaja. 

Sahli Arifin
19 Mei 2021
Universiti Kebangsaan Malaysia
kredit foto : https://lavistaone.com.sg/

Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Perak / Dirham : Berbaloikah untuk simpanan?

Perak : Simpanan & Pelaburan

Penting sangatkah ‘introducer’ ni?

Tempat terbaik untuk menjual emas

Tips Beli Emas : Mudah Jual Semula