Harga Emas Jatuh : Apa Perlu Buat?
Anda sudah membeli emas pada harga RM265 per gram, tengok balik website, harga emas jatuh. Esok tengok lagi, jatuh lagi. Lusa tengok lagi, lagi jatuh. Apa ni? Kata emas menguntungkan dan menaik. Ni asyik jatuh sahaja ni. Rugi ni. Ish, saya serik la dengan emas, tak nak dah beli, nak jual hari ni juga, tak menguntungkan langsung.
Betul, saya pernah mendengar keluhan beberapa orang seperti di atas. Sampai ada yang terus jual emas mereka sebab tengok emas terus menerus jatuh harganya dan mereka merasakan ia merugikan untuk menyimpan emas. Meskipun begitu, ada segelintir bahkan ramai orang yang sedang bergembira dengan harga emas yang menurun ni. Pulak dah. Harga turun pun gembira, apakah?
Kenapa ada yang murung, dan kenapa ada yang gembira? Bezanya adalah pada pemahaman mereka terhadap emas. Saya boleh katakan, mereka yang murung dan bersedih dengan penurunan harga emas ini adalah mereka yang tidak tahu tentang fakta di sebalik emas, manakala mereka yang sedang bersorak dengan harga emas yang murah adalah mereka yang faham betul dengan emas.
Seperti yang saya sudah sentuh pada tulisan sebelum ini, emas ini sifatnya volatile, ada turun naiknya. Lagi-lagi untuk tempoh masa yang singkat dan pendek, graf akan turun naik dengan rancaknya. Hari ini naik, esok turun, lusa turun, tulat pun turun lagi, minggu depan naik semula, dan terus menaik selama 2 minggu berturut-turut, lepas tu turun balik.
Inilah nature emas, grafnya ada turun dan naik. Tetapi, saya yakin nilai atau harganya akan menaik untuk tempoh masa yang panjang. Sebab itu, pakar-pakar emas dan pelaburan sebut, 'emas ini adalah untuk long-term investment (pelaburan jangka masa panjang), paling kurang 3 tahun ke atas'.
Pernah sekali saya dengar Tuan Azizi Ali sebut dalam sesi live bersama beliau, katanya, 'kalau kita dah tahu emas ini pelaburannya adalah untuk 3 tahun, kenapa kita nak sibuk untuk tengok tiap-tiap hari selepas beli pada hari pertama?, cukuplah dengan beli dan simpan, tengok balik selepas 3 tahun mendatang, baru betul pelaburan untuk 3 tahun'.
Baiklah, kalau harga emas jatuh, apa yang kita perlu buat?
1. Tenang dan Terus Berjalan
Ini yang paling utama, jangan bazirkan emosi pada pelaburan jangka panjang sebab ia untuk masa hadapan. Emosi dan mental kita terlalu berharga. Jangan tikam atau goreskan emosi kita pada perkara ini.
Tengok harga emas jatuh? Bertenang, ambil nafas, tutup laman web tersebut dan bangun, teruskan berjalan. Buat kerja lain dan abaikan laman web harga emas tersebut.
2. Tambah Emas
Ramai sebenarnya yang gembira dengan kejatuhan harga emas ni, sebab mereka boleh beli emas dengan harga 'diskaun'. Mana tidaknya, kalau sebelum ini mereka perlu beli emas dengan harga RM265, hari ini mereka boleh beli dengan harga RM261. Ibaratnya kita dapat diskaun RM4.
Kalau kita tengok dengan sudut pandang ini, kita tak akan rasa rugi dengan kejatuhan harga emas bahkan kita akan rasa lebih gembira. Dapat beli emas dengan harga murah, diskaun berganda. Bukan itu sahaja, mereka sudah merasakan yang harga emas ini pernah bernilai RM265, meskipun hari ini harganya RM261, adakah kita rasa emas tidak akan cecah nilai RM265 semula pada masa akan datang?
Kalau kita yakin yang harga emas akan cecah semula pada kadar RM265, bahkan boleh lebih daripada itu, kenapa kita nak bazirkan emosi dan mental dengan kejatuhan emas kali ini? Betul tak? Sepatutnya kita ambil peluang ini untuk tambah lagi emas kita.
Sebagai contoh, kalau kita dah beli sebelum ini RM265, hari ini kita beli lagi satu gram dengan harga RM261. Cukup. Itu sahaja. Bayangkan jika minggu hadapan harganya naik semula kepada RM265. Adakah kita rugi waktu ini? Tak, bukan? Kita dah boleh rasa untung RM4 daripada belian kedua kita, betul tak?
3. Puratakan Harga Belian
Apabila kita menambah gram emas kita pada waktu kejatuhan harga emas ini, kita sebenarnya sedang mempuratakan harga belian emas kita. Kalau kita ada 5 gram emas dan kita beli pada tarikh dan kadar yang berbeza. Kalau ada orang tanya, berapa harga emas awak beli? Takkan kita nak sebut satu per satu harga emas yang kita dah beli. Mesti kita nak sebut satu sahaja harga. Mana nak dapat satu harga ni? Dengan kaedah mempuratakan harga belian kita.
Macam mana nak kira? Mudah sahaja. Tambah semua harga yang kita dah beli dan bahagikan dengan bilangan gram emas yang kita beli. Contohnya macam ni:
walaupun kita pernah beli pada harga RM271, tapi disebabkan kita beli dan beli tidak kira masa dan harga, harga purata bagi 5 gram di atas adalah sekitar RM266.40 sahaja. Ibaratnya, semua gram emas yang kita beli di atas adalah dengan kadar RM266.40 sahaja.
Harga emas jatuh atau naik itu adalah lumrah dalam pelaburan atau simpanan emas. Paling penting adalah kita perlu tahu apa yang perlu dibuat waktu-waktu begini.
Nak tahu lebih lanjut berkenaan perkara ini atau anda nak mulakan belian emas pertama anda, boleh hubungi saya di sini https://wa.me/601171610520. Nanti saya akan guide anda sebaiknya.
Sahli Arifin
18.01.2021
Residensi Zamrud
Comments
Post a Comment