Apa Itu Gold Accumulation Program (GAP)?

Sekarang ini ramai yang nak beli emas tapi rata-rata takut dan risau nak simpan sendiri bahkan ada rakan saya yang tanya, 'boleh tak kalau beli emas, tapi tak nak pegang emas tu sendiri, takut plus risau la kalau nak simpan sendiri nih'. Bukan itu sahaja, ada juga rakan yang tanya, 'ni lepas dapat emas ni, saya nak simpan dekat mana? ada tempat yang selamat tak?'.
Baik, satu perkara ialah tempat nak simpan. Perkara kedua yang biasa rakan-rakan saya tanya adalah, bajet saya kecil, dalam RM200 sahaja, ada cara yang sesuai tak untuk orang macam saya ni? Bukan apa, sebab kita tahu, makin besar item, makin kecil spread. bukan itu sahaja, kalau dengan bajet RM200, mana nak dapat beli emas 1gram atau paling tidak 1dinar emas. Macam mana ya?

Ini juga masalah saya. Saya ni bukannya jenis berduit, nak beli 1dinar sekeping dalam satu masa. Mana nak dapat RM1,100.00? Bukan tu sahaja, misalnya kalau saya nak beli 1 dinar, dan bajet saya RM200 sebulan, kalau ikutkan sepatutnya dalam 5-6 bulan dah cukup untuk dapatkan minimum RM1,100.00 kan? tapi, saya yakin dan percaya, dengan perangai saya ni, tak akan cukup amaun tersebut sebab tangan ni gatal nak keluarkan dan guna duit tu.

Tak dapat tidak, saya kena alihkan segera supaya duit tersebut tidak terguna pada tempat yang tidak sepatutnya. Jadi macam mana? Saya tak mahu perkara ini menjadi penghalang bagi saya untuk memiliki 1 dinar emas yang saya nak simpan bagi masa hadapan. Ada cara tak?

Mestilah ada. Di Public Gold, telah dibina dan diperkenalkan satu program iaitu Gold Accumulation Program (Program Kumpul Emas) atau term yang biasa saya guna adalah Akaun Emas Public Gold. Baik, soalan seterusnya, apa itu GAP?
GAP ini adalah satu inisiatif yang diambil oleh Public Gold dalam membantu masyarakat yang mempunyai masalah seperti saya iaitu bajet kecil dan masalah mana nak simpan. GAP ini adalah satu kaedah yang paling saya suka sebab saya boleh beli emas dengan bajet serendah RM100 atau 1gram dan saya tak perlu fikir dah tentang mana nak simpan.

Oh ya, akaun GAP ini saya lebih suka guna term Akaun Emas sebab modus operandi dia seakan-akan dengan Akaun Bank. Ini saya ada sentuh dalam tulisan saya sebelum ini, boleh baca dekat SINI.

Baik, jom kita tengok kelebihan GAP:

1. Boleh beli emas berketulenan 999.9 atau 24k dengan modal serendah RM100 atau 1gram.
2. Simpan emas dengan Public Gold secara percuma! 
3. Tiada had masa dan tanpa had jumlah emas yang ingin dibeli dan disimpan di dalam akaun emas GAP.
4. Tiada komitmen bulanan, boleh beli emas serendah RM100 atau 1gram bila-bila masa sahaja tanpa ada syarat wajib beli setiap bulan atau sebagainya. Terserah pada kita nak beli dan simpan berapa banyak dan berapa lama.
5. Urusniaga 24 jam sehari, 365 hari setahun. Bila-bila masa dan di mana sahaja, semua transaksi dibuat secara online. Boleh beli secara online dan boleh jual secara online.
6. Boleh keluarkan emas fizikal (gold bar atau syiling dinar 999.9) serendah 1gra, dimana-mana 18 cawangan Public Gold seluruh Malaysia.
7. Boleh keluarkan semua gram emas yang kita simpan di dalam akaun GAP pada bila-bila masa. Cuma, disarankan untuk tinggalkan baki 1gram supaya akaun kekal aktif. Kalau keluarkan semua, akaun GAP akan dikira tidak aktif dan caj RM50 akan dikenakan sekiranya akaun ingin diaktifkan semula.
8. Setiap pengeluaran emas fizikal akan dikenakan caj "Gold Premium" sebagaimana beli emas fizikal Public Gold yang lain melalui kaedah belian terus. Selagi mana kita tak keluarkan emas fizikal, tiada caj akan dikenakan.
9. Kaedah belian ini disahkan Patuh Syariah oleh penasihat syariah Public Gold iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd.
Siapa yang Bermanfaat Beli Emas Melalui GAP?

1. Nak simpan emas, tapi bajet kecil.
2. Nak simpan emas, tapi risau nak simpan sendiri.
3. Nak beli emas Public Gold, tapi menetap di luar negara atau tinggal jauh dari pejabat Public Gold.
4. Nak simpan emas secara konsisten dengan bajet minimum RM100 sebulan. Boleh juga dijadikan alternatif dalam menabung emas bagi anak-anak dengan bajet RM100 sebulan demi masa depan anak-anak.

Bersedia untuk Membeli Emas Melalui GAP?

Jika anda sudah bersedia untuk membeli dan menyimpan emas melalui kaedah GAP, berikut adalah kaedah pembelian dan pengaktifan akaun:

1. Klik pautan INI, kalau tak boleh, select copy dan paste di tab Google anda:
 http://eform.publicgold.com.my/index.php/registration/reg/dealer/PG00067078/1
2. Isi semua maklumat yang diperlukan seperti di dalam borang.
3. Pastikan tick checkbox yang tertulis "Generate PG Code". Pastikan juga anda membuat belian dalam tempoh masa 24jam setelah pendaftaran, Jika tidak, akaun anda akan dibekukan.
4. Selepas siap daftar, tunggu dalam 10-15 minit, kemudian terus login website Public Gold, dan klik butang merah yang tertulis "GAP Buy Now".
5. Sekiranya ada notification untuk "update profile", sila abaikan dahulu. Anda boleh kemaskini profile anda kemudian.
6. Klik butang hijau yang tertulis "Go To New Site" > Klik "Buy GAP Now" pada butang merah di sebelah gambar emas 1000gram.
7. Mode of Payment, sila klik "Pay Online (FPX)" sekiranya anda menggunakan perbankan online. Cara ini lebih mudah dan cepat dan pembelian emas anda lebih cepat disahkan oleh Public Gold.
8. Selesai.

Jika anda ingin melihat kaedah pembelian GAP secara detail, boleh rujuk tulisan saya sebelum ini di SINI.

Cara Keluarkan Emas Fizikal

Seperti yang saya sebut sebelum ini, Public Gold akan simpan emas kita selagi mana kita tak mahu keluarkan emas tersebut dari akaun GAP. Public Gold akan simpan tanpa sebarang caj. 

Kalau kita nak simpan sendiri, kita boleh keluarkan emas fizikal pada bila-bila masa di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh Malaysia.

Untuk keluarkan emas fizikal, saya sarankan anda untuk hubungi terlebih dahulu cawangan yang anda prefer untuk pastikan item yang kita mahu tersedia di cawangan. Nanti di cawangan Public Gold, staf akan minta I/C dan bayar caj premium atas setiap kepingan emas yang kita keluarkan.
Boleh pilih sebarang item emas sama ada dalam bentuk Gold Bar atau Syiling Emas Dinar, asalkan cukup gram yang ada dalam akaun GAP kita.

Sekiranya anda mahukan maklumat lanjut dan sebarang persoalan berkenaan pembelian emas melalui GAP, boleh hubungi saya di https://wa.me/601171610520 ya. Insya Allah, saya boleh guide anda.

Sahli Arifin
Universiti Kebangsaan Malaysia
11.01.2021

Comments

Popular posts from this blog

Perak / Dirham : Berbaloikah untuk simpanan?

Perak : Simpanan & Pelaburan

Penting sangatkah ‘introducer’ ni?

Tempat terbaik untuk menjual emas

Tips Beli Emas : Mudah Jual Semula