Posts

Showing posts from 2021

Risiko Dalam Menyimpan dan Melabur Emas

Image
Saya selalu dengar kelebihan dan kebaikan menyimpan emas. Memang ada kebaikan sahaja ke emas ni? Takkan tak ada risiko dalam simpanan dan pelaburan emas? Cuba cerita sikit sisi gelap emas ni, mustahil zero risiko, kan? Betul. Simpan dan melabur emas pun ada risiko, mustahil sekiranya ada wakil atau ejen emas yang kata simpan emas ni zero risiko . Bahkan, semua jenis instrumen kewangan ada risiko yang tersendiri. Soalnya bukan pada risiko sebab semua ada risiko, tapi bagaimana kita mendepani risiko tersebut. Apabila kita tahu risiko di sebalik satu-satu perkara tersebut, kita boleh membuat penilaian dan langkah terbaik untuk mengelakkan diri atau mengurangkan kadar risiko yang akan kita tempuhi kelak sekiranya ada. Jadi, apa risiko dalam simpanan dan pelaburan emas ni? Apa yang saya akan sentuh ini adalah tertumpu kepada emas fizikal, bukannya emas kertas ya, tapi tetap, ada sangkutan di antara satu sama lain. Baik, berikut adalah tiga (3) risiko utama dalam simpanan dan pelaburan emas ...

Cara Semak Wang Tak Dituntut

Image
Siapa di sini mempunyai banyak akaun bank? Terlalu banyak sampai ada akaun yang dah 'dilupakan'. Biasa menyimpan di dalam akaun bank, tapi sebab dah lama sepi, akaun bank tersebut sunyi dan akhirnya gelap dari minda. Atau pernah buat tuntutan pampasan? pernah mohon untuk klaim insuran tapi disebabkan klaim tersebut ambil masa yang lama, kita pun jadi lupa dah, walhal permohonan tersebut telah diluluskan oleh pihak berwajib. Siapa kat sini pernah merasai kenikmatan dan kegembiraan apabila seluk poket baju, tengok-tengok ada duit. Atau waktu kemas rumah, terjumpa sampul yang tersemat elok di bawah bucu katil, buka sampul, nohhh, duk ada RM1,000.00.  Mungkin ada wang receh yang kita 'lupa' sedangkan wang tersebut adalah milik kita. Disebabkan kesibukan kerja dan hidup, kita tak ungkit dan akhirnya wang tersebut diklasifikasikan sebagai Wang Tak Dituntut (WTD). Okay, sebelum tu, apa itu wang tak dituntut? Menurut Jabatan Akauntan Negara Malaysia, wang tak dituntut ini boleh...

Kesusahan Pada Langkah Pertama

Image
Siapa yang tak mahu berjaya, betul tak? Semua orang nak berjaya dalam hidup. Kalau sebut berjaya, banyak tafsiran yang akan kita dengar. Ada yang kata berjaya itu adalah banyak duit, rumah besar, dapat luang masa dengan keluarga, pendapatan yang banyak, bebas kewangan, ada bisnes yang maju dan banyak lagi. Kalau kita jumpa pakar dan perunding dalam bidang yang pelbagai, sebagai contoh, kita nak buat bisnes dan kita letak matlamat bahawa bisnes yang kita mahu bangunkan akan memberi pulangan yang lumayan setiap bulan. Saya percaya, pakar dan penasihat ini akan memberi beberapa cadangan dan kaedah supaya matlamat kita itu tercapai. Tapi, percaya tak jika saya kata, nak buat atau langkah pertama dirasakan payah. Meskipun pakar sudah memberi jalan, akhirnya terletak pada kita sama ada ingin melangkah seperti yang diajarkan oleh mereka atau tidak. Langkah pertama memang agak sukar sebab kita masih belum biasa, rasa takut, gusar dan ragu-ragu wujud. Semuanya susah. Tak ada yang mudah. Walaupu...

Kita Adalah Pengurus Kewangan Peribadi Sendiri

Image
Ramai yang mahu mempunyai kewangan peribadi yang baik, selamat dan kukuh. Termasuk saya. Siapa tak mahu nak ada kewangan peribadi yang sihat, kan? Semua orang mahukan kewangan peribadi yang bagus, bebas daripada hutang, mempunyai dana simpanan yang mencukupi, aliran tunai yang positif, ada pendapatan pasif dan sebagainya. Sedarkah kita, sebenarnya kitalah yang perlu mencorak dan mengubah perkara tersebut menjadi kenyataan . Sekali lagi saya ulang, kita sendiri, bukan orang lain. Kitalah yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk menguruskan kewangan kita. Jangan sesekali mengharapkan orang lain walaupun ada golongan di luar sana yang mempromosikan diri mereka sebagai pakar penasihat kewangan. Iya, mereka adalah pakar dan penasihat kewangan yang bertauliah. Cuma, mereka hanyalah sekadar penasihat. Akhir sekali, semuanya terletak di atas bahu dan tangan kita, bagaimana kita mahu memikulnya dan kaedah bagaimana kita mahu corak kewangan kita.  Kalau motor kita rosak, kita boleh hantar jump...

Harga Emas Jatuh : Apa Perlu Buat?

Image
Anda sudah membeli emas pada harga RM265 per gram, tengok balik website, harga emas jatuh. Esok tengok lagi, jatuh lagi. Lusa tengok lagi, lagi jatuh. Apa ni? Kata emas menguntungkan dan menaik. Ni asyik jatuh sahaja ni. Rugi ni. Ish, saya serik la dengan emas, tak nak dah beli, nak jual hari ni juga, tak menguntungkan langsung. Betul, saya pernah mendengar keluhan beberapa orang seperti di atas. Sampai ada yang terus jual emas mereka sebab tengok emas terus menerus jatuh harganya dan mereka merasakan ia merugikan untuk menyimpan emas. Meskipun begitu, ada segelintir bahkan ramai orang yang sedang bergembira dengan harga emas yang menurun ni. Pulak dah. Harga turun pun gembira, apakah? Kenapa ada yang murung, dan kenapa ada yang gembira? Bezanya adalah pada pemahaman mereka terhadap emas. Saya boleh katakan, mereka yang murung dan bersedih dengan penurunan harga emas ini adalah mereka yang tidak tahu tentang fakta di sebalik emas, manakala mereka yang sedang bersorak dengan harga emas ...

Apa Itu Gold Accumulation Program (GAP)?

Image
Sekarang ini ramai yang nak beli emas tapi rata-rata takut dan risau nak simpan sendiri bahkan ada rakan saya yang tanya, 'boleh tak kalau beli emas, tapi tak nak pegang emas tu sendiri, takut plus risau la kalau nak simpan sendiri nih'. Bukan itu sahaja, ada juga rakan yang tanya, 'ni lepas dapat emas ni, saya nak simpan dekat mana? ada tempat yang selamat tak?'. Baik, satu perkara ialah tempat nak simpan . Perkara kedua yang biasa rakan-rakan saya tanya adalah, bajet saya kecil , dalam RM200 sahaja, ada cara yang sesuai tak untuk orang macam saya ni? Bukan apa, sebab kita tahu, makin besar item, makin kecil spread. bukan itu sahaja, kalau dengan bajet RM200, mana nak dapat beli emas 1gram atau paling tidak 1dinar emas. Macam mana ya? Ini juga masalah saya. Saya ni bukannya jenis berduit, nak beli 1dinar sekeping dalam satu masa. Mana nak dapat RM1,100.00? Bukan tu sahaja, misalnya kalau saya nak beli 1 dinar, dan bajet saya RM200 sebulan, kalau ikutkan sepatutnya dala...