2020 : Tahun Kemelesetan Ekonomi Dunia?
Sejak kebelakangan ini, saya banyak dengar orang-orang yang berkecimpung dalam bidang ekonomi menyebutkan bahawa tahun ini adalah tahun kemerosotan ekonomi dunia. Saya perasan di Youtube juga banyak recommendation yang berkaitan dengan perkara tersebut.
Iya lah, saya biasa tengok video yang berkaitan dengan kewangan, jadi tentu-tentulah cadangan video berkait dengan kewangan. Kebanyakan video yang dicadangkan menyatakan bahawa tahun 2020 adalah tahun kejatuhan ekonomi dan pergerakan ekonomi yang lemah di seluruh dunia.
Betul ke?
Kalau tuan/puan nak tahu, saya cadangkan supaya tuan/puan tonton sendiri video yang dibuat oleh mereka. Boleh search dekat Youtube, nanti keluar semua video yang berkaitan. Bagi saya?
Entahlah. Saya pun tak pasti tentang kenyataan mereka. Kadang-kadang boleh diterima akal dengan situasi sekarang ini. Pergolakan antara US-Iran, US-China dan sebagainya. Tak sentuh pasal kadar faedah dari bank dunia atau kejatuhan nilai wang kertas lagi. Kalau sentuh, tak tahu lah macam mana.
Tindakan kita
Kemelesetan ekonomi negara atau dunia memang tidak dapat dielak jika ia berlaku. Bila berlaku? Hanya Allah sahaja yang tahu. Sama ada ia bakal berlaku atau tidak, itu pun kita tak tahu. Yang disebut oleh pakar kewangan hanyalah teori semata berdasarkan kajian dan penelitian mereka. Akan berlaku ke? Allah lebih mengetahui tentang hal tersebut.
Apa yang boleh kita buat adalah berusaha untuk menjaga diri dan kewangan kita. Pastikan kewangan kita mempunyai insuran yang mencukupi. Jika anda tanya saya apakah insuran kewangan, tentu-tentu saya jawab emas dan perak. Kalau tuan/puan rasa insuran kewangan adalah takaful / pelaburan forex / hartanah / simpanan wang di bank, betul juga. Semua betul.
Tidak ada yang salah. Yang salah adalah jika kita tak ada buat sebarang persediaan untuk hal tersebut. hanya beranggapan bahawa bantuan akan datang dengan sendiri dan tidak berusaha untuk melindungi diri dan kewangan. Itu salah. Paling tidak, kita cuba dengan menyimpan sedikit wang untuk masa hadapan.
Sahli Arifin
Universiti Kebangsaan Malaysia
11.02.2020 09:11AM
Comments
Post a Comment