Kenapa kita perlu menyimpan?
Pernah juga satu ketika, saya
terfikir, ‘kenapa kita perlu menyimpan?’, ‘kenapa mak dan ayah saya dan juga
orang-orang dulu selalu sarankan anak-anaknya untuk menyimpan?’. Apa faedah
menyimpan? Saya terfikir, apabila saya diberi wang saku setiap bulan sebanyak
RM300 (ketika saya di bangku universiti), kenapa saya kena simpan sedikit dari
amaun tersebut sedangkan itu wang saku saya dan saya berhak untuk
menggunakannya mengikut kehendak dan keinginan saya. Itu wang saya, biarlah
saya guna sampai habis, kan? Kenapa kena menyimpan?
Bahkan, guru kewangan juga
menyarankan agar kita menyimpan wang sebanyak 10-30% daripada gaji dan
pendapatan kita. Jadi, apa kelebihannya menyimpan?
Guru kewangan saya pula menyarankan
agar setiap dari kita mempunyai dana kecemasan (wang simpanan kecemasan)
sebanyak 3-6 bulan pendapatan. Sebagai contoh, jika pendapatan bulanan kita RM2500/bulan,
maka paling kurang kita perlu ada RM7500 dalam akaun simpanan kecemasan kita.
Persoalannya, kenapa? Apa kelebihannya?
Jawab guru kewangan saya, Tuan Mohd
Zulkifli Shafie: “Jika kita ada amaun 3 bulan pendapatan dalam simpanan
kecemasan kita, kita masih mampu selamat atau ‘survive’ dalam masa
3 bulan jika sumber pendapatan kita terputus secara tiba-tiba tanpa perlu
kepada perubahan gaya hidup”.
Sentiasa Berduit
Jika kita tiba-tiba kehabisan dana untuk
perbelanjaan, kita masih berduit dan berwang kerana kita ada simpanan yang kita
boleh withdraw duit kita itu bila-bila masa sahaja kita mahu. Yang
paling best, kita tak perlu nak tebal-tebalkan muka kita untuk berhutang.
Walaupun secara zahirnya kita kelihatan sudah kehabisan duit, tapi sebenarnya
kita berduit.
Cuba bayangkan, jika kita tak ada wang
simpanan. Kita guna semua wang kita tanpa diasingkan sedikit amaun untuk
simpanan, awal bulan dah habis sebab kita beli banyak barang dapur dan
tengah-tengah bulan kita dah sesak. Tengok-tengok, kita masih kekurangan barang
dapur dan kita tidak ada walau sesen pun dalam simpanan kita. Apa perlu dibuat?
Walhal, kita baru berada di tengah bulan, bukannya di hujung bulan.
Nampaknya, terpaksalah kita tebalkan muka,
minta belas ihsan adik beradik kita, atau kawan rapat kita. Mintalah sikit
sebanyak, secukupnya.
Berbeza dengan orang yang ada wang simpanan.
Mereka senang hati, gembira dan tenang; sebab mereka tak perlu fikir
banyak-banyak macam mana nak survive di hujung bulan, sebab mereka dah
ada wang simpanan. Bila mereka dah kehabisan wang perbelanjaan, mereka ada
tempat untuk korek wang mereka. Mereka ada lubang khas untuk dikorek. Jadi
mereka boleh survive bila-bila masa. Tidak perlu berhutang. Buat apa kena
hutang jika mereka boleh bayar cash, tak gitu?
Sahli Arifin
02.04.2017 12:17PM
Kampung Repek,
Pasir Mas, Kelantan.
Comments
Post a Comment