Posts

Showing posts from February, 2017

Bayar dan Lunaskan Hutang

Image
Hutang wajib dibayar oleh penghutang kepada pemiutang. Ia adalah hak pemberi hutang untuk mendapatkan wangnya semula kerana itu adalah wangnya dan haknya. Maka, menjadi satu kewajipan atas peminjam untuk membayar semula wang yang dipinjam. Saya teringat dalam kelas I’jaz al-Quran di bawah seliaan Dr. Radwan Jamal el-Atrash, beliau pernah menasihati kami para pelajar tentang memberi serta mengembalikan hak setiap orang yang mempunyai hak atas sesuatu perkara. Antara yang disebut adalah hutang. Bahkan beliau menasihati kami dengan nada yang serius dan terkadang beliau mengangkat suaranya; nasihatnya jelas, kembalikan hak pemiutang. “Dia mempunyai hak atas wang kamu kerana kamu berhutang dengannya. Kamu telah mengambil haknya dan tidak mahu mengembalikannya?!” Bayarlah walau secara ansuran Bayarlah dan lunaskanlah hutang yang kita pinjam dan berhutang dari setiap individu yang kita pinjam wangnya. Sebagai contoh, jika kita pinjam dari kawan kita RM500, maka bayarlah sekaligu...

Beli Emas Mesra Ar-Rahnu

Image
Ramai orang yang mampu beli emas. Terkadang, kita nampak emas sahaja, kita beli samada disebabkan rekaannya atau designnya yang cantik atau murah. Terkadang, orang beli kerana mereka hanya fikir, ‘ini kan emas, mesti la laku. Siapa tak mahu emas, kan?’. Memang benar, emas adalah emas dan ia kekal bernilai sampai bila-bila, tapi tak semua emas itu mesra ar-Rahnu. Tak ramai yang ambil peduli tentang hal ini. Mereka tidak pernah ambil kesah samada emas yang mereka beli itu adalah emas yang mesra ar-Rahnu atau tidak. Pada mereka itu tidak penting, yang penting mereka ada emas dan emas tetap berada di tangan mereka. Adakah mindset begini baik dan bagus? Semestinya ya. Memang mindset macam itu bagus kerana dalam kepala mereka, tidak terdetik untuk menggadaikan emas mereka, apatah lagi untuk menjualnya. Cuma. Ada cumanya. Masa hadapan kita tidak tahu bagaimana keadaan dan situasinya. Kita di ajar yang emas mudah dicairkan, mudah untuk dapat duit semula bila-bila masa yang kita ingi...

Beli & Simpan Emas: Jangan Ikut-Ikut

Image
Saya selalu tekankan kepada setiap newbie yang baru nak berjinak-jinak dalam simpanan emas, ‘ kautlah ilmu dan cari pembimbing atau dealer yang boleh dijadikan panduan ’. Sebab ramai yang beli emas ‘ikut-ikut’. Trend sekarang, orang kumpul emas, dia pun kumpul juga. Bagus ke? Pada satu sudut, ianya bagus. Lebih baik simpan emas daripada simpan benda lain. Sekurang-kurangnya kita ada harta yang susah bocor dan bernilai tinggi. Saya tidak condemn mana-mana individu yang membeli emas ikut-ikutan, kerana ia satu sifat yang baik kerana mereka lebih memilih wang mereka digunakan untuk membeli emas. Lebih baik wang mereka itu ditukar kepada emas yang memang ada nilai, daripada duit mereka dihabiskan untuk membeli barang lain yang nilainya tidak sehebat nilai emas. Emosi tidak stabil Saya sarankan saranan tersebut kerana saya kasihan melihat individu-individu terbabit. Sedih, kesah, gelisah, tak tentu arah, beremosi, kadang-kadang stress dan marah. Paling beremosi adalah pada wak...

Kejatuhan Ringgit & Emas

Image
Kejatuhan ringgit bukan sesuatu yang bersifat one-off. Ia bukan sekadar peningkatan kos barang import dan kos keluar negara. Ia akan ada kesan berantai (chain effect). Ringgit jatuh, maksudnya barang import akan mahal. Dalam tempoh 3 bulan, kos barang import naik at least 6%! Bila barang2 import mahal, maksudnya kos pengeluaran dalam negara pun akan naik mendadak sebab tentunya banyak produk dalam negara bergantung bahan mentah dari luar. Tak payah tengok jauh, nasi yang kita makan pun diimport dari luar negara! Itu belum kira dengan barang-barang lain. Bila kos pengeluaran meningkat, pengeluar dan peniaga akan caj kepada kita (pengguna). Yang akan menanggung kos kenaikan sebenar ialah kita semua sebagai end user. Kejatuhan ringgit akan beri kesan besar ekonomi negara. Orang luar boleh beli kekayan kita dengan harga murah. Dan negara kita perlukan masa untuk perbetulkan ekonomi kita. Orang Simpan Emas Akan Kaya? Orang simpan emas pun akan susah bila berlaku krisis ekonomi...

Maafkanlah

Image
Memberi maaf bukanlah suatu benda yang mudah. Itu saya tidak nafikan. Bukannya mudah untuk memaafkan seseorang yang telah menyakiti diri kita dan telah melukakan hati kita. Mereka mungkin mampu memohon maaf tetapi kita si mangsa, apakah mudah bagi kita untuk memaafkannya selepas apa yang telah dilakukan oleh si pemangsa. Kredit foto: islamedia.id Hati kita mungkin sakit dan perit menerima goresan atau tikaman dari si dia yang telah menyakiti kita, sehingga membuatkan diri kita mulai menanam perasaan amarah dan dendam bahkan kesumat. Tetapi, jika difikirkan semula, apakah kebaikannya dari perasaan tersebut? Apakah faedah terbesar jika kita berdendam, marah dan benci? Natijahnya bakal kembali pada kita semula Jika kita amati, semuanya akan kembali pada diri kita semula. Akhirnya berbalik pada diri kita kembali. Jika kita berdendam, apakah dendam itu akan sirna dan padam selepas kita melunaskan dendam kesumat yang telah membuku dari dalam tubuh dan hati kita? Apakah k...

Senarai Jadual Seminar Emas

Image
Public Gold adalah satu syarikat yang amat menitik beratkan ilmu dalam pelaburan emas. Mereka sangat komited dalam menyediakan platform pembelajaran dan penambahan ilmu dalam bidang emas.  Setiap bulan, akan di adakan seminar emas di semua branch syarikat di seluruh Malaysia.   Pembentang-pembentang adalah dari kalangan  expert  dalam bidang emas dan kewangan yang sudah lama berkecimpung dalam simpanan dan pelaburan emas seperti Tuan Syukor Hashim, Tuan Mohd Zulkifli Shafie dan Puan Azizah Hassan. Ini disebabkan, ilmu itu suatu yang amat penting dan ia adalah faktor utama sesebuah kejayaan. Jika ingin berjaya, kena ada ilmu; maka pihak Public Gold yang mempunyai hasrat agar semua penyimpan emas berjaya, jadi mereka sediakan platform ini, agar semua orang boleh berjaya dalam simpanan dan pelaburan emas. Berikut adalah jadual seminar emas di seluruh Malaysia (untuk bulan ini-Februari): Jadual penuh seminar emas pada bulan ini Senarai tarikh dan tem...

Erti Financial Freedom

Image
Ramai yang bercita-cita untuk mendapat title ‘financial freedom’ dan ramai yang sedang menuju kearah bebas kewangan . Itu satu matlamat yang jelas dan sangat baik. Saya juga termasuk dalam golongan yang ingin mencapai tahap seorang yang bebas kewangan dan insya Allah, dalam perjalanan untuk merealisasikannya. Kredit foto:  byrnefinancialfreedom.com Sebelum kita mengorak langkah yang jauh, satu benda yang perlu diperjelaskan; kita perlu membezakan antara dua istilah yang memang ada perbezaan dari sudut makna dan perlaksanaan. Financial Freedom itu berbeza dengan Debt Free . Kebanyakan orang salah faham maksud financial freedom yang sebenar. Ada yang beranggapan, apabila mereka bebas hutang, mereka sudah menjadi seorang yang bebas kewangan. Bebas Hutang itu Debt Free Mengikut pakar kewangan, apabila seseorang itu sudah bebas dari belenggu hutang secara penuh, maka secara rasminya beliau dikategorikan sebagai golongan debt free (bebas hutang). Apabila seseorang it...