Harga Emas Naik: Apa Perlu Dibuat?
Harga emas melompat naik sehingga cecah siling
adalah waktu dan detik yang ditunggu-tunggu serta dinanti-nanti oleh para
pelabur emas. Mana tidaknya, harga emas melonjak naik, tinggi dari harga yang
dibeli sebelumnya. Inilah masanya untuk menuai padi.
Persoalannya, ketika harga emas naik, apa
perkara yang paling wajar untuk dilakukan?
Seperti yang saya telah sebutkan dipermulaan
bicara, waktu ini adalah waktu untuk menuai padi, mengutip hasil dan membuka
peti harta karun yang sudah lama diperap. Inilah waktu yang sesuai untuk
menjual emas yang kita sudah beli sekian lama; dan inilah pelaburan sihat dalam
pelaburan emas.
Cuma, kebiasaan pelanggan yang saya ada,
mereka kadang-kadang keliru dan buntu. Saya tanya kenapa. Mereka jawab, memang
la kita rasa untung sebab kita dapat jual pada harga yang tinggi berbanding
harga sewaktu kita beli dahulu. Sebagai contoh, semasa saya beli 1 dinar
dahulu, harganya Cuma RM720 sekeping. Hari ini, saya mampu jual dengan harga
semasa iaitu RM810 sekeping. Kalau ikutkan, saya boleh kaut untung sekitar RM90
untuk setiap keping dinar yang saya ada. Tapi!
Saya tanya balik, apa tapinya? Baguslah tu.
Itulah yang dinamakan sebagai pelaburan yang sihat. Pelaburan yang sah mengikut
undang-undang dan syarak. Apa yang tapinya sampai nak keluh kesah ni?
Dia jawab semula, memang la nampak untung.
Untung pada pandangan belah kanan, tapi belah kiri nampak macam rugi pula. Iya
la, kalau saya jual waktu ni, saya untung RM90 untuk sekeping, tapi saya dah
tak boleh nak beli emas pada harga yang sama pada waktu saya beli dahulu. Pada
waktu ini, harga 1 dinar adalah RM810, mana mungkin saya mampu beli emas pada
harga RM720 macam hari tu. Jadi, mana untungnya?
Saya dah agak jawapannya. Inilah dilema bagi penyimpan
emas. Mereka jadi gelisah pada setiap waktu. Harga emas naik risau, harga emas
jatuh lagi la risau. Tapi bukan semua yang punya emosi begini. Emosi macam ni
hanya ada pada mereka yang tidak belajar dan tidak ambil cakna tentang asas
penyimpanan dan pelaburan emas.
Jika seseorang itu ada ilmu dan kefahaman dalam
perbuatan mereka, jangan kata harga emas naik mereka steady, waktu harga emas
jatuh, lagi mereka steady, siap tambah gram emas mereka lagi. Bukan segram dua,
tapi puluhan gram. Kenapa? Kerana mereka tahu dan faham, apa yang perlu dibuat
pada waktu-waktu begitu.
Kebiasaannya, yang jadi keluh kesah ni, sebab
mereka masih berada di tengah-tengah. Mereka masih tidak tahu di posisi manakah
mereka berada. Samada di posisi penyimpan, pelabur atau penjual. Jika
mereka faham tiga posisi ini, saya rasa, mereka tak akan ada masalah emosi
lagi, insya Allah.
Baiklah, sedikit sarana saya jika ada yang
bertanya, apa yang perlu dibuat waktu harga emas tengah mencanak naik:
1. Gunakan peluang ini untuk mengaut
keuntungan atas pelaburan emas yang anda sedang masuki.
2. Jika anda rasa sayang nak jual, jangan
jual. Jangan bazirkan emosi pada perkara seperti ini. Jika anda ada rasa sayang
nak jual, saya rasa anda lebih sesuai untuk menjadi penyimpan tegar sahaja.
Simpan dan terus menyimpan.
3. Jika sesiapa yang nak faham erti pelaburan
emas, saya sarankan anda jual sekeping dua emas milik anda dan bezakan
harganya. Itulah nikmat dalam pelaburan, beli harga rendah, jual harga tinggi.
4. Pesan mentor emas saya, sangat elok bagi
seseorang yang nak berjinak dalam pelaburan emas untuk menjual sedikit dari
aset emas mereka, supaya mereka dapat merasa keuntungan pelaburan emas ini.
Sebagai motivasi untuk terus melabur dan mungkin terus melabur dalam skala yang
lebih besar dari sebelum ini.
5. Untuk mereka yang nak jual emas mereka,
jual pada tempat yang betul. Jangan salah pilih tempat pula ya. Nanti lain pula
yang dapat. Hasrat di hati nak kaut untung, tapi akhirnya rugi pula yang dapat.
Untuk bab jual emas ni, saya dah sentuh dalam artikel yang lain. Boleh rujuk
SINI.
Sekian sahaja untuk kali ini. Jika ada
sebarang persoalan, boleh terus direct tanya dealer emas anda masing-masing,
insya Allah mereka akan guide dan jawab persoalan anda. Kalau nak tanya saya,
boleh terus komen di bawah atau mesej personal saya di talian yang telah saya
tulis di ruangan INI.
Insya Allah, moga ada manfaatnya.
Sahli Arifin
20.06.2018 09:37AM
UKM, Bangi
Comments
Post a Comment