Hapuskan NOMBOR pada akaun Bank
Seringkali kita tewas dengan angka serta digit yang tertera di dalam akaun bank sendiri. lihat susunan angka yang ada di dalam akaun membuatkan tangan jadi gatal nak keluar dan membeli serta memborong sakan. Tetiba rasa kasihan pada nombor tersebut jika tidak di gunakan. (ada juga perasaan macam ni (”,). Itulah faktor kenapa ramai di kalangan kita sering tewas dalam aspek simpanan wang, kerana nombor dan digit yang di tulis rapi di dalam penyata akaun kita. Paling gembira jika susunannya panjang, 4 angka, 5 angka, 6 angka. Fuhh. Berpeluh dahi dibuatnya melihat angka yang berbaris elok depan mata. Tu tak keluarkan lagi, kalau dah keluarkan, mahu terjelopok ke bawah pegang duit sebegitu tebal. Alhamdulillah, masih ada dalam diri satu perasaan iaitu mahu menyimpan. Nak menyimpan wang bukannya mudah tapi tidak susah. Pesan guru kewangan saya, cara nak jaga akaun kita dari berkurangnya nombor adalah dengan menghapuskan nombor tersebut atau hilangkan angka-angka tersebut dari ben...