Posts

Showing posts from January, 2017

Berhati-hati Apabila Swap Antara Gold Bar

Image
Ramai yang melakukan muamalat emas (sarf) tetapi tidak tahu atau meringankan soal hukum. Jika melakukan Swap antara emas gold bar mestilah sama beratnya. Contohnya Swap 9 keping Gold bar PAMP 1gm dengan sekeping 10gm Public Gold, tukaran ini adalah riba yang haram dan jelas. 10gm hendaklah ditukar dengan 1gm x 10 pcs walaupun brand atau nama koleksinya berbeza. Jika mahu tukar juga 9 keping 1gm PAMP dengan 10gm sekeping Public Gold, hendaklah dibuat transaksi jual beli dengan mata wang lain dahulu. Contohnya jual 10gm Public Gold dengan harga rm1800 sempurna serahan (qabd) secara hakiki atau hukmi, dan beli 9 keping pamp dengan rm1800. Ini bertujuan untuk menjadikan akad lebih transparent dan jelas. Kredit foto: moshed.com Inilah pendapat majoriti ulama masa kini berasaskan kepada hadis: Abu Sa'id Al Khudri RA berkata: "Bilal datang menemui Nabi SAW dengan membawa kurma Barni (jenis kurma terbaik) maka Nabi SAW berkata, kepadanya: "Dari mana kurma ini?...

Emas Sebagai Insuran (Pelindung) Kekayaan

Image
Kekayaan kita juga memerlukan insuran atau perlindungan sepertimana perlunya diri kita, kereta kita, motor kita, kesihatan kita dan sebagainya. Kenapa perlukan perlindungan? Supaya barang kita dilindungi dan terjaga. Dalam erti kata lain, kita ada back up plan jika sesuatu berlaku dan menimpa kita. Kalau dalam aspek kekayaan dan harta, insuran kekayaan amat penting agar kita tidak jatuh miskin dan papa kedana atas faktor kejatuhan ekonomi negara atau dunia. Kekayaan kita perlu dilindungi dengan perlindungan yang maksimum supaya kita tetap kaya walaupun ekonomi sedang bergolak. Kita masih mampu tersenyum walaupun pada waktu itu negara sedang mengalami kemerosotan pada ekonomi. Emas: pelindung kekayaan Kenapa ia disebut sebagai pelindung kekayaan? Ini kerana emas berdiri dengan sendirinya tanpa perlu jaminan dari kerajaan yang memerintah. Bahkan jika negara yang sedang kita duduki ini bertukar kerajaan, emas masih dianggap laku serta bernilai. Berbanding dengan wang k...

Tempat terbaik untuk menjual emas

Image
Kita boleh beli emas dari banyak pihak dan syarikat dengan harga tertentu. Selepas mempunyai emas, tentu sahaja akan ada satu persoalan, "dekat mana nak jual emas ni semua?" Mungkin pada waktu kita memerlukan wang, kita pasti mahu menjual emas kita. Tapi, dimanakah tempat yang sesuai dan terbaik untuk menjual emas yang kita dah beli dan simpan selama ni? Terkadang, kita tidak fikir pun di mana harus kita jual emas kita. Pada waktu belian kita, kita hanya fikir beli dan simpan, aspek jual semula kita tidak hiraukan. Sebab itu, saya ada jumpa beberapa orang yang mengeluh dengan emas, katanya dah beli lama dah, perap hampir setahun lebih, tapi waktu jual semula, tak balik modal, rugi adalah. Saya tanya semula, jual emas di mana? Jawabnya di kedai emas. Sekarang saya tahu kenapa. Kedai emas tidak sesuai Ramai orang beranggapan, kedai emas adalah tempat yang sesuai untuk menjual emas kerana mereka kedai emas. Takkanlah kedai emas tidak mahu menerima emas, kan? Mesti m...

Impak tabiat 1gram 1bulan

Image
Program 1gram 1bulan merujuk kepada sistem simpanan emas yang bersifat konsistensi. Konsisten dalam menyimpan emas, paling kurang 1gram 1bulan. Iya. Ianya kelihatan kecil dan biasa-biasa sahaja. 1gram untuk setiap bulan. Nampak kecil tapi besar ertinya. Kenapa? Tidak lain dan tidak bukan adalah pembinaan tabiat. Program ini sebenarnya lebih kepada membina tabiat dalam menyimpan , membina konsistensi dalam diri untuk menyimpan. Jika wang kertas kita wajibkan diri untuk simpan paling kurang RM200 sebulan, maka dalam simpanan emas, wajibkan diri untuk menyimpan paling kurang 1gram 1bulan. 1gram emas hanyalah sekitar RM185-190 (buat masa ini) sahaja. Emas 1gram berketulenan 999; keluaran Public Gold. Design New Born. Apabila tabiat sudah terbina, hati tidak lagi berasa berat untuk menyimpan bahkan hati makin seronok. Seronok dapat tengok gram emas makin bertambah tiap bulan. Bahkan, jika bulan tersebut tidak ditambah simpanannya, hati mulai resah, gelisah kerana simpanan tidak...

Hidup di Bawah Kemampuan

Image
Ini adalah antara prinsip yang saya belajar dari mentor kewangan saya, En. Mohd Zulkifli Shafie. Kata beliau, prinsip ini adalah prinsip yang diguna pakai oleh kebanyakan orang-orang kaya; bukan baru diguna dan diaplikasikan ketika mereka sudah kaya bahkan sebelum mereka kaya pun mereka sudah praktikkan prinsip ini. Hidup di Luar Kemampuan Sekarang trend “hidup di LUAR kemampuan” mulai membiak dan berleluasa penerapannya. Mana tidaknya, lihat sahaja promosi-promosi yang digembar-gemburkan oleh mana-mana premis perniagaan seperti “beli dahulu, bayar kemudian” atau “kami ada sistem bayar ansuran” atau yang sama waktu dengannya. Kaedah PERLU vs MAHU perlu difahami dengan lebih dalam oleh setiap individu yang MAHU KAYA. Kredit foto: the-writers-guru.com Terkadang, kita tewas dengan “MAHU” sedangkan kita tidak “PERLU”. Sebagai contoh fi’il perangai orang kaya, jika mereka mampu membeli kereta Persona, tapi mereka memilih untuk membeli kereta Saga atau Wira sahaja; keran...

Promosi Bulanan: Bulan Januari

Image
1. Dealer Recruitment Drive Kebiasaanya, setiap bulan syarikat Public Gold akan buat promosi untuk sesiapa (pembeli emas) yang ingin menjadi dealer syarikat. Dealer syarikat atau ejen syarikat tidak perlu membuat bayaran ahli, cukup sekadar membeli emas berdasarkan amaun yang ditetapkan, secara automatik akan dilantik menjadi ejen syarikat yang sah. Kalau ikut cara biasa atau normal, seseorang itu perlu membeli emas dari syarikat dengan nilai wang sebanyak RM30,000.00 dalam satu resit, barulah akan dilantik sebagai dealer syarikat. *walaupun anda tidak mahu menjadi dealer, tapi belian anda cecah RM30,000.00 dalam satu resit, syarikat tetap akan ubah status anda dari normal customer kepada dealer. Kaedah biasa atau cara normal untuk menjadi dealer Kelebihan (secara ringkas) sebagai seorang dealer, selepas di lantik menjadi dealer syarikat, pembelian yang seterusnya, kita akan diberi komisyen sebanyak 1% - 2% (mengikut status dealership masing-masing) atas setiap be...

Peratus Terbaru Spread Emas Public Gold

Image
[Makluman] Syarikat Public Gold (PG) telah mengeluarkan notis dan kenyataan bahawa spread harga emas akan diubah bermula pada 1 Januari 2017. Bermula 01.01.2017 dan keatas, peratus atau kadar spread emas Public Gold akan bertambah sebanyak 1%. Kenapa berlaku perubahan dan peningkatan? Ini disebabkan nilai matawang Ringgit Malaysia (MYR) menurun dan nilai Dollar Amerika (USD) menguat. Atas faktor tersebut, syarikat Public Gold mengambil inisiatif untuk menaikkan kadar spread emas bagi setiap item. Tapi, sifir yang sama masih diguna: “makin besar item, makin kecil spread”. Berita baiknya, spread emas syarikat Public Gold masih berada di bawah 10% dan masih releven serta rendah berbanding syarikat lain. Ada kaitan ke antara USD dan MYR sehingga PG perlu buat rombakan nilai spread? Ya. Memang ada, dan kaitannya amat besar pada syarikat. Bukan sahaja pada syarikat PG, bahkan seluruh syarikat di Malaysia kerana apabila MYR jatuh, ia akan memberi kesan pada nilai mat...