Posts

Showing posts from December, 2017

Aktifkan Diri Untuk Beraktiviti

Image
Semasa saya mendengar taklimat dan ceramah seputar kesihatan dan penjagaan diri, ada beberapa perkara yang ditekankan oleh panel penceramah. Antara poin yang menarik perhatian saya adalah, ‘kekal aktif’. Ini adalah sifir dan nasihat yang sering kedengaran sekitar ceramah kesihatan. Begitulah juga saranan yang diberikan oleh panel penceramah di sesi taklimat kesihatan yang saya hadiri. Beliau menekankan agar setiap dari diri kita perlu kekal aktif dan aktifkan diri untuk beraktiviti, bukannya 'mati' di atas katil dan di dalam rumah, kaku tidak melakukan sebarang aktiviti.  Seiring dengan zaman moden, sebenarnya di dalam rumah juga boleh dijadikan satu tempat dan medium untuk beraktiviti. Dalam rumah kita boleh jogging, berbasikal, berlari, melompat dan sebagainya. tengok saja peralatan senaman yang terjual di pasaran, semuanya boleh digunakan untuk beraktiviti di dalam rumah. Kalau saya secara peribadi, time saya malas nak jogging dekat luar, dekat taman kawasan...

Jaga Pemakanan Untuk Kekal Sihat

Image
Inilah nasihat yang biasa kita dengar tiap kali kita mendengar ceramah atau perkongsian khas bersama pakar nutrisi, doktor dan ahli kesihatan. Setiap dari mereka pasti akan menyebut nasihat ini kerana ini adalah sifir utama dalam menjaga kesihatan tubuh badan kita. Bukan setakat mereka sahaja, ibu dan ayah kita juga seringkali mengingatkan kita dengan nasihat ini. “Jaga makan”. Makan berpada-pada, jangan duk hadap semua jenis makanan sebab ada makanan yang mampu membuatkan kita sakit jika dikonsumsi dalam kadar berlebihan. ‘jaga pemakanan untuk kekal sihat’ adalah nasihat umum yang mempunyai daya pentafsiran yang berbeza mengikut individu itu sendiri. Dalam masa yang sama, ia juga membawa maksud yang sama buat semua orang. Sebagai contoh, kita makan makanan segera, ianya boleh. Boleh je nak makan makanan tersebut sebab ianya baik, cuma jika dimakan dengan kerap, ia akan memberi kesan yang buruk pada tubuh badan. Untuk menjaga kesihatan dengan cara pemakanan, seseorang i...

Vitamin & Supplemen Bukan Makanan Gantian

Image
Terlalu ramai yang bercerita tentang vitamin dan zat galian tambahan serta kelebihan mengamalkannya. Saya juga tidak terlepas dari itu memandangkan itulah fakta dan saranan daripada pakar iaitu mengamalkan supplemen tambahan. Akan tetapi, jangan di salah faham dan di salah erti maksud tersebut. Walaupun para pakar kesihatan dan nutrisi menyarankan agar diamalkan supplemen tambahan, ia bukanlah menjadi jawapan kukuh untuk kita meninggalkan makanan dan minuman ruji harian kita. Walhal, perkara itu tidak wajar untuk ditinggalkan. Nasi, ikan, ayam, daging, lobak merah, tomato, kubis, epal, oren dan sebagainya adalah makanan yang perlu dimakan. Mentang-mentang kita dah makan vitamin dan mineral tambahan yang mana dosnya tinggi, tak hingin dah dan tak mahu nak menengok dah nasi, ayam dan daging, hanya beralasankan ianya tidak sihat, menggemukkan dan kurang nutrisi. Seperti mana tajuk entry saya kali ini, jelas info yang saya mahu ketengahkan iaitu vitamin dan zat galian tamba...

Simpan Dahulu Labur Kemudian

Image
Ramai yang bertanya tentang pelaburan, apa yang perlu dibuat dan tempat apa yang paling sesuai untuk pelaburan. Unit trust ke? Emas ke? Bon ke? Apa-apa ke? Soalan yang agak famous di tanya pada saya. Terkadang saya jawab persoalan tersebut dan kadang-kadang saya tak jawab, tapi saya bagi suggestion lain. Memikirkan pelaburan adalah satu pemikiran yang baik dan perlu dihormati bahkan saya respect orang yang nak melabur kerana mereka memikirkan masa hadapan. Cuma ada perkara yang lebih saya pentingkan dan tekankan. Tidak lain dan tidak bukan adalah aspek penyimpanan wang. Saya boleh katakan, hampir semua pakar kewangan di dunia ini menyarankan agar setiap orang adakan simpanan peribadi dan paling utama simpanan kecemasan. Ada yang mengistilahkan sebagai dana kecemasan, rizab peribadi, duit khas dan sebagainya. Apa pun namanya, maksudnya tetap satu iaitu simpanan. Bahkan, guru kewangan saya En. Mohd Zulkifli Shafie pernah beri satu sarana yang jelas iaitu simpan dahulu, la...