Langkah Pertama Membina Kekayaan
Ramai yang ingin menjadi kaya, mempunyai wang dan harta yang banyak, kalau boleh melimpah ruah. Sampai orang kata, ‘harta dia, 7 keturunan pun tak habis’. Masing-masing punya keinginan dan kehendak untuk menjadi kaya; tapi apakah langkah untuk menjadi kaya seperti yang diinginkan? Apabila kita sentuh bab langkah dalam membina kekayaan, pasti kita akan menemui banyak cara dan garis panduan yang ditulis dan digariskan oleh pelbagai pihak dan individu; dan saya juga sekarang ini sedang menulis satu langkah dalam membina kekayaan. Cuma, bezanya saya hanya akan cerita tentang langkah pertama sahaja. Langkah seterusnya? Boleh berjumpa dan bertanya pakar-pakar. Pelbagaikan sumber pendapatan Ada yang sebut, antara cara nak bina kekayaan adalah pelbagaikan sumber pendapatan . Jangan hanya ada satu sumber sahaja, tapi jadikan lebih dari itu. Dua, tiga, empat atau lebih kerana apabila sumber kita banyak, kita tak perlu risau jika salah satu sumber kita tiba-tiba berhenti memberikan s...