Posts

Showing posts from 2018

Harga emas naik balik: sedih atau gembira?

Image
“Menyesal tak beli emas semalam. Harga dah naik semula”. Ini adalah keluhan yang selalu saya dengar daripada orang ramai yang rata-rata rasa menyesal sebab tak beli emas waktu harga emas tengah jatuh. Baru-baru ini, harga emas pernah jatuh sehingga RM173 per gram dan keesokannya ia menaik semula ke paras RM175 per gram. Dah naik RM2. Rugi kan tak beli waktu harganya RM173? Rugi. Memang rugi sebab sudah terlepas peluang membeli emas pada harga yang murah. Alhasil, hari ni kena beli pada harga yang sedikit mahal. Tapi, satu benda yang saya sudah sentuh sebelum ini dan saya ingin nasihatkan sekali lagi buat para pembaca yang baik sekalian. Tolong jangan bazirkan emosi anda pada harga emas yang memang pada hakikatnya mempunyai sifat turun naik: volatility . Itulah fakta harga emas, ada naik dan ada turun. Kalau nak main emosi maka kita akan penuh beremosi dan hanya akan berduka sepanjang masa. Perasaan bercampur baur, tidak keruan sebab harga emas memang selalu ada per...

Harga emas dah jatuh!

Image
Sebulan dua ni, kalau lihat graf emas mesti ada yang terkejut sebab trendnya menurun dan bukan menaik. Lebih banyak turun daripada naik. Pada situasi ini, kita dapat lihat dua jenis orang, gembira dan sedih. Kebanyakannya sedih sebab tak dapat nak kaut keuntungan. Walaupun ada yang sedih, lebih ramai yang gembira sebenarnya; sebab inilah masanya untuk membeli dan memborong barang bernilai pada harga yang sangat rendah. Kalau saya tak salah, inilah harga yang saya mula-mula nak berjinak dalam pelaburan emas waktu saya mula melangkah dalam simpanan emas; RM174 per gram. Terlalu murah bagi saya jika saya lihat pada saat ini, sebab saya pernah beli pada harga emas sedang naik. Faktanya, harga emas pernah naik sampai RM195 per gram dan sekarang lihatlah harganya, RM174!!! Emas ni tak untunglah Betul. Kalau ada yang cakap macam tu, jawapan pertama saya adalah betul. Memang emas ini tidak membawa keuntungan pun. Sebab apa saya kata tak untung? Sebab kita tak tahu cara nak ambil ...

Harga Emas Naik: Apa Perlu Dibuat?

Image
Harga emas melompat naik sehingga cecah siling adalah waktu dan detik yang ditunggu-tunggu serta dinanti-nanti oleh para pelabur emas. Mana tidaknya, harga emas melonjak naik, tinggi dari harga yang dibeli sebelumnya. Inilah masanya untuk menuai padi. Persoalannya, ketika harga emas naik, apa perkara yang paling wajar untuk dilakukan? Seperti yang saya telah sebutkan dipermulaan bicara, waktu ini adalah waktu untuk menuai padi, mengutip hasil dan membuka peti harta karun yang sudah lama diperap. Inilah waktu yang sesuai untuk menjual emas yang kita sudah beli sekian lama; dan inilah pelaburan sihat dalam pelaburan emas. Cuma, kebiasaan pelanggan yang saya ada, mereka kadang-kadang keliru dan buntu. Saya tanya kenapa. Mereka jawab, memang la kita rasa untung sebab kita dapat jual pada harga yang tinggi berbanding harga sewaktu kita beli dahulu. Sebagai contoh, semasa saya beli 1 dinar dahulu, harganya Cuma RM720 sekeping. Hari ini, saya mampu jual dengan harga semasa ...