Kesusahan Pada Langkah Pertama
Siapa yang tak mahu berjaya, betul tak? Semua orang nak berjaya dalam hidup. Kalau sebut berjaya, banyak tafsiran yang akan kita dengar. Ada yang kata berjaya itu adalah banyak duit, rumah besar, dapat luang masa dengan keluarga, pendapatan yang banyak, bebas kewangan, ada bisnes yang maju dan banyak lagi. Kalau kita jumpa pakar dan perunding dalam bidang yang pelbagai, sebagai contoh, kita nak buat bisnes dan kita letak matlamat bahawa bisnes yang kita mahu bangunkan akan memberi pulangan yang lumayan setiap bulan. Saya percaya, pakar dan penasihat ini akan memberi beberapa cadangan dan kaedah supaya matlamat kita itu tercapai. Tapi, percaya tak jika saya kata, nak buat atau langkah pertama dirasakan payah. Meskipun pakar sudah memberi jalan, akhirnya terletak pada kita sama ada ingin melangkah seperti yang diajarkan oleh mereka atau tidak. Langkah pertama memang agak sukar sebab kita masih belum biasa, rasa takut, gusar dan ragu-ragu wujud. Semuanya susah. Tak ada yang mudah. Walaupu...