Harga Emas Jatuh : Apa Perlu Buat?
Anda sudah membeli emas pada harga RM265 per gram, tengok balik website, harga emas jatuh. Esok tengok lagi, jatuh lagi. Lusa tengok lagi, lagi jatuh. Apa ni? Kata emas menguntungkan dan menaik. Ni asyik jatuh sahaja ni. Rugi ni. Ish, saya serik la dengan emas, tak nak dah beli, nak jual hari ni juga, tak menguntungkan langsung. Betul, saya pernah mendengar keluhan beberapa orang seperti di atas. Sampai ada yang terus jual emas mereka sebab tengok emas terus menerus jatuh harganya dan mereka merasakan ia merugikan untuk menyimpan emas. Meskipun begitu, ada segelintir bahkan ramai orang yang sedang bergembira dengan harga emas yang menurun ni. Pulak dah. Harga turun pun gembira, apakah? Kenapa ada yang murung, dan kenapa ada yang gembira? Bezanya adalah pada pemahaman mereka terhadap emas. Saya boleh katakan, mereka yang murung dan bersedih dengan penurunan harga emas ini adalah mereka yang tidak tahu tentang fakta di sebalik emas, manakala mereka yang sedang bersorak dengan harga emas ...