Posts

Showing posts from July, 2017

Jangan Kalah Dengan Emosi ‘Belanja’

Image
Ramai yang nak menyimpan wang tetapi selalu kalah dengan emosi berbelanja. Sering tewas dengan ajakan emosi berbelanja yang asyik memanggil diri untuk terus mengeluarkan wang dari poket dan mesin ATM supaya membeli beberapa barangan untuk diri. Salah ke? Tak salah pun. Sebab kita beli untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain; untuk kepentingan diri kita juga. Cuma, agak berbahaya jika kita selalu tewas dan nombor dalam akaun simpanan kita semakin mengecil dan susut di mamah emosi berbelanja yang semakin hari semakin membesar dan menguat. Terkadang, kita terpaksa menahan emosi tersebut kerana jika di beri muka saban hari dan ketika, semakin kuat dia di buatnya. Takut-takut nanti kita jadi lemah dan layu dengan desakan emosi belanja, apatah lagi jika ada banyak not duit dalam dompet. Makin agresif tarikan berbelanja dia. Saya sendiri pun, kadang-kadang tewas. Lagi-lagi jika ada label ‘promosi’, ‘diskaun’, ‘beli 1 percuma 2’, atau yang senada dengannya. Rasa bersalah...

Kekayaan bukan dinilai pada NOMBOR

Image
Ramai yang bangga dan gembira apabila nombor dalam akaun bank atau di slip gaji banyak, berderet-deret. 4 angka, 5 angka, 6 angka, sampai berangka-angka. Banyak sangat sampai jenuh nak kira dari sa, puluh, ratus, ribu, puluh ribu; sampai dah tak tahu dah nak sebut apa pada nombor yang ada. Saya memang tak boleh nak sebut tempat bagi angka yang ada pada not wang Zimbabwe kerana terlalu panjang dan banyak. Terkadang kita tidak boleh percaya pada bilangan nombor yang tertulis dan bercetak kemas di helaian wang kertas yang kita miliki kerana nilai yang tertulis itu tidak mewakili nilai yang dipegang olehnya sendiri. Ini disebabkan nilainya sudah dirompak secara senyap oleh perompak bersiri yang bernama INFLASI. Walaupun kita menyimpan wang kita dalam peti besi dan dipagari barisan pengawal sekalipun, nilainya tetap akan dirompak oleh perompak licik tadi. Kuasa beli semakin kecil dan menyusut Kita boleh rasai sendiri, bagaimana nilai wang kita semakin hari semakin kecil da...