Hutang: Perbelanjaan Pendapatan Masa Depan
Bak kata guru kewangan saya, En. Mohd Zulkifli Shafie, maksud hutang itu adalah: membelanjakan pendapatan masa hadapan. Dalam erti kata lain, duit belum dapat di tangan, tapi sudah siap-siap dibelanjakan. Belum sempat gaji pendapatan singgah di tangan, sudah diambil nilai dan amaunnya oleh si pemiutang. Saya terfikir, jika hutang itu memberi definisi perbelanjaan pendapatan masa hadapan atau dalam kalimah yang lain, duit bulan depan tapi diguna untuk bulan ini. Jadi, masa depannya nanti, nak belanja guna pendapatan yang mana pula? Sebagai contoh, gaji si A adalah RM2500 sebulan. Bulan ini dia belanjakan ‘wangnya’ sebanyak RM3500. RM2500 cash dan RM1000 via kad kredit atau hutang. Jadi, bulan depan gajinya tetap akan dapat RM2500 tapi selepas ditolak belanjanya yang lepas yang menggunakan wangnya bulan ini sebanyak RM1000, berapakah gaji bersihnya? Hanya RM1500 sahaja. Walhal, amaun selayaknya adalah RM2500. Perbelanjaan telah dibuat pada bulan sebelumnya. Sifirnya mudah: “...