Emas : Hanya sekadar simpan dan jual?


Sejak saya menerokai bidang emas dan perak khususnya atau kewangan umumnya, saya banyak menemui poin yang sangat baik untuk saya sehingga saya tak perlu nak risau-risau pasal graf emas, saham dan dividen. Sebab apa? Sebab semua itu adalah poin dalam portfolio kewangan peribadi masing-masing.

Macam saya, saya lebih tekankan kepada emas dan perak sebab saya belajar bidang tersebut lebih banyak berbanding dengan benda yang berkaitan dengan bon, saham, hartanah dan sebagainya yang berkaitan. Kenapa saya pilih emas? Sebab emas adalah insuran kewangan.

Emas : simpan sahaja ke?

Kadang-kadang saya ada terfikir, ramai yang duk canang sana sini supaya simpan emas. Sikit-sikit simpan emas. Lepas tu nak buat apa? Jual? Hanya sekadar itu je ke ‘kerja’ emas nih?


Bagi sesetengah orang, itu lah matlamat simpanan emasnya, tapi saya tidak. Pemahaman saya terhadap emas bukan hanya sekadar itu. Sebab emas bukanlah sifatnya untuk disimpan semata-mata. Saya simpan emas bukan sebab nak jual atau sebab nak kaut untung jual.

Iya, saya tak nafikan kalau jual emas lepas simpan beberapa tahun akan terasa untungnya menyimpan emas. Saya pun pernah jual sebelum ni, tapi sekali lagi saya terapkan dalam diri saya, simpan emas bukan hanya untuk simpan dan jual tapi matlamatnya lebih besar.

Emas adalah insuran

Saya pernah sebut dalam artikel sebelum ini, emas pada penerapan fahaman saya adalah insuran (pelindung) pada kewangan peribadi saya. Kalau bab kesihatan kita beli insuran / medical card; kematian kita beli plan takaful yang ada khairat kematian dan sebagainya, sebab apa? Sebab kita nak lindung kewangan kita daripada perkara yang berkaitan dengan kematian dan kesihatan.

Emas pula adalah insuran bagi kewangan yang berkait dengan wang atau kekayaan kita. Sebab emas adalah logam yang bernilai; yang mempunyai nilai intrinsik yang berdiri sendiri. Emas juga laku dimana sahaja kita berada. Bawalah emas ke negara mana pun, emas diterima secara meluas.

Emas adalah wang

Ini adalah matlamat terbesar saya dalam simpanan emas kerana saya tahu emas adalah wang. Sejarah membuktikan bahawa emas adalah wang yang digunakan di seluruh dunia tetapi ditukarkan kepada wang kertas selepas tindakan yang telah diambil oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Bacalah sejarah dan anda akan tahu hakikatnya. Boleh ‘google’ sejarah matawang / sejarah wang kertas. Banyak info yang kita boleh belajar.

Dengan bilangan emas yang kita simpan sekarang ini, akan menyenangkan diri kita di kemudian hari kerana emas adalah wang yang boleh digunakan pada masa akan datang.


Sekiranya berlaku keruntuhan ekonomi, emas akan digunakan sebagai matawang dunia memandangkan keruntuhan ekonomi membawa maksud keruntuhan wang kertas. Tatkala dunia sedang sibuk dengan nilai wang kertas yang tidak bernilai, penyimpan emas boleh berurus niaga dengan senang dan hati yang aman kerana emas telah menjadi wang.

Anda ada pendirian atau pandangan yang berbeza? Tak ada masalah, kita terbuka dalam hal ini. Masing-masing ada pendapat dan sudut pandang yang tersendiri. Berlapang dada itu lebih baik. Silakan berbagi pendapat di sini.
                                                         
Sahli Arifin
Universiti Kebangsaan Malaysia
20.01.2020 11:22AM

Comments

Popular posts from this blog

Perak / Dirham : Berbaloikah untuk simpanan?

Perak : Simpanan & Pelaburan

Penting sangatkah ‘introducer’ ni?

Tempat terbaik untuk menjual emas

Tips Beli Emas : Mudah Jual Semula