Alternatif: Simpan Emas untuk Persaraan
Semua orang nak panjang umur kan? Kalau cerita pasal umur
panjang, ada benda yang tidak kurang juga dibincangkan atau difikirkan bersama
: kewangan di usia emas. Betul tak?
Kalau seseorang tu bekerja, dia akan fikir tentang
persaraannya nanti. Mana tak nya, kalau dah bersara, gaji dah tak masuk dah. Siapa
nak bagi gaji kalau dan pencen? Siapa lagi kalau bukan diri kita sendiri, kan?
Jadi, menjadi satu kemestian bagi kita semua untuk
memikirkan tentang perkara di atas. Tapi, jangan fikir sahaja, kena ada
perancangan dan tindakan yang sewajarnya supaya apa yang difikirkan dapat
direalisasikan demi menjaga kesenangan diri sendiri dan keluarga di hari tua
nanti.
Simpan wang untuk masa tua
Kita seharusnya bersyukur dan berterima kasih kepada
kerajaan kerana menyediakan satu inisiatif untuk plan kehidupan di hari tua
dengan mewajibkan simpanan di Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) yang
dasarnya jelas untuk simpanan wang bagi kegunaan di usia emas.
Mana tidaknya, wang yang dicarum di dalam KWSP hanya
boleh dikeluarkan pada umur 55 tahun dan ke atas sahaja. Selagi tak cecah umur
tu, wang tak boleh dikeluarkan melainkan pada perkara-perkara yang terkecuali. Itu
pun hanya boleh keluarkan wang dari akaun dua sahaja.
Jadi, dengan adanya plan ini, kurang sikit rasa risau time
duk fikir pasal persaraan nanti. Betul tak? Cuma.
Aih, ada cuma ni yang tak best dengar ni, ye tak?
Simpan sedikit emas untuk persaraan
Kenapa saya cakap cuma? Sebab, kalau kita tahu hakikat
wang kertas kita, kita mungkin sedikit kurang selesa dengan bilangan atau
nombor yang tertera pada akaun KWSP kita pada waktu itu. Sebab apa? Sebab nilai
wang waktu itu tidak sama dengan nilai wang pada waktu kini.
Betul ke?
Saya cuba bagi satu contoh, sekarang ni dengan jumlah
wang sebanyak RM50,000.00 kita boleh beli sebiji kereta baharu keluaran Perodua
Myvi. Tapi, cuba bayangkan, adakah dengan jumlah dan nombor yang sama iaitu
RM50,000.00 kita dapat beli tak kereta yang sama seperti tadi pada 20 tahun
yang akan datang?
Tidak dinafikan yang simpanan di KWSP akan dapat dividen
setiap tahun, tapi kalau anda tanya dividen itu untuk apa? Sebenarnya dividen
itu lebih kepada menampung / menutup nilai inflasi setiap tahun. Jadi, nilai
wang tidaklah terasa sangat jatuhnya.
Kenapa pilih emas?
Seperti yang saya selalu sebut dalam artikel emas sebelum
ini, emas adalah pelindung atau insuran kewangan kita. Saya tak kata yang emas
adalah segala-galanya, tapi dengan adanya emas dalam portfolio kewangan kita,
insya Allah kewangan kita sedikit stabil dan selamat.
Kenapa pilih emas? Saya bagi contoh.
1 dinar emas pada
hari ini (20.01.2020 11:12AM) berharga RM917.00. tapi harga 1 dinar yang sama,
harganya pada dua tahun lepas lebih kurang RM800.00+-.
Kenapa jadi macam tu? Adakah emas makin mahal? Bagi saya
bukan emas tu yang mahal sebab emas adalah emas, berat tetap sama, ketulenan
pun sama, jenis pun sama tapi nilai berbeza. Bukan emas yang mahal tapi nilai
wang kertas kita yang dah jadi murah. Betul tak?
Sedikit cadangan dari saya, simpanlah sedikit emas dalam portfolio
kewangan kita lagi-lagi untuk persaraan. Insya Allah, kita dapat bersara dengan
tenang dan aman. Duit kertas ada, emas pun ada. Bahagia kan? insya Allah.
Sahli Arifin
Universiti Kebangsaan Malaysia
20.01.2020 11:22AM
hubungi saya https://wa.me/601171610520
Comments
Post a Comment