Posts

Showing posts from May, 2021

Risiko Dalam Menyimpan dan Melabur Emas

Image
Saya selalu dengar kelebihan dan kebaikan menyimpan emas. Memang ada kebaikan sahaja ke emas ni? Takkan tak ada risiko dalam simpanan dan pelaburan emas? Cuba cerita sikit sisi gelap emas ni, mustahil zero risiko, kan? Betul. Simpan dan melabur emas pun ada risiko, mustahil sekiranya ada wakil atau ejen emas yang kata simpan emas ni zero risiko . Bahkan, semua jenis instrumen kewangan ada risiko yang tersendiri. Soalnya bukan pada risiko sebab semua ada risiko, tapi bagaimana kita mendepani risiko tersebut. Apabila kita tahu risiko di sebalik satu-satu perkara tersebut, kita boleh membuat penilaian dan langkah terbaik untuk mengelakkan diri atau mengurangkan kadar risiko yang akan kita tempuhi kelak sekiranya ada. Jadi, apa risiko dalam simpanan dan pelaburan emas ni? Apa yang saya akan sentuh ini adalah tertumpu kepada emas fizikal, bukannya emas kertas ya, tapi tetap, ada sangkutan di antara satu sama lain. Baik, berikut adalah tiga (3) risiko utama dalam simpanan dan pelaburan emas ...