Posts

Showing posts from February, 2020

2020 : Tahun Kemelesetan Ekonomi Dunia?

Sejak kebelakangan ini, saya banyak dengar orang-orang yang berkecimpung dalam bidang ekonomi menyebutkan bahawa tahun ini adalah tahun kemerosotan ekonomi dunia. Saya perasan di Youtube juga banyak recommendation yang berkaitan dengan perkara tersebut. Iya lah, saya biasa tengok video yang berkaitan dengan kewangan, jadi tentu-tentulah cadangan video berkait dengan kewangan. Kebanyakan video yang dicadangkan menyatakan bahawa tahun 2020 adalah tahun kejatuhan ekonomi dan pergerakan ekonomi yang lemah di seluruh dunia. Betul ke? Kalau tuan/puan nak tahu, saya cadangkan supaya tuan/puan tonton sendiri video yang dibuat oleh mereka. Boleh search dekat Youtube, nanti keluar semua video yang berkaitan. Bagi saya? Entahlah. Saya pun tak pasti tentang kenyataan mereka. Kadang-kadang boleh diterima akal dengan situasi sekarang ini. Pergolakan antara US-Iran, US-China dan sebagainya. Tak sentuh pasal kadar faedah dari bank dunia atau kejatuhan nilai wang kertas lagi. Kalau sen...