Posts

Showing posts from January, 2020

Perak / Dirham : Berbaloikah untuk simpanan?

Image
Jika kita sebut pasal emas, ada satu lagi logam mulia yang dikaitkan bersama iaitu perak. Kalau matawang islam, disebut sebagai dirham. Kita sering kali sebut emas dan perak atau dinar dan dirham. Agak ralat jika saya tidak menyentuh pasal perak / dirham dalam blog ni kan? Jika kita lihat di laman web jualan emas dan perak, kita dapati bahawa harga perak teramatlah murah sehingga di kategorikan sebagai under value . Manakan tidak, 1 gram perak hanya berharga sekitar RM7-10 sedangkan harga 1 gram emas sudah mencecah RM217. Sesuaikah simpanan perak? Sesetengah pelabur emas dan perak amat menyarankan supaya kita menyimpan perak sebab nilainya yang masih terlalu rendah. Akan tetapi risiko untuk pelaburan perak sedikit besar kerana pergerakannya terlalu agresif jika dibandingkan dengan pergerakan harga emas dunia. Kenapa pelabur memberi saranan supaya menyimpan perak? Ini kerana harganya murah dan paling utama adalah kerana keperluan logam perak dalam industri. Jika ...

Emas : Hanya sekadar simpan dan jual?

Image
Sejak saya menerokai bidang emas dan perak khususnya atau kewangan umumnya, saya banyak menemui poin yang sangat baik untuk saya sehingga saya tak perlu nak risau-risau pasal graf emas, saham dan dividen. Sebab apa? Sebab semua itu adalah poin dalam portfolio kewangan peribadi masing-masing. Macam saya, saya lebih tekankan kepada emas dan perak sebab saya belajar bidang tersebut lebih banyak berbanding dengan benda yang berkaitan dengan bon, saham, hartanah dan sebagainya yang berkaitan. Kenapa saya pilih emas? Sebab emas adalah insuran kewangan. Emas : simpan sahaja ke? Kadang-kadang saya ada terfikir, ramai yang duk canang sana sini supaya simpan emas. Sikit-sikit simpan emas. Lepas tu nak buat apa? Jual? Hanya sekadar itu je ke ‘kerja’ emas nih? Bagi sesetengah orang, itu lah matlamat simpanan emasnya, tapi saya tidak. Pemahaman saya terhadap emas bukan hanya sekadar itu. Sebab emas bukanlah sifatnya untuk disimpan semata-mata. Saya simpan emas bukan sebab nak...

Alternatif: Simpan Emas untuk Persaraan

Image
Semua orang nak panjang umur kan? Kalau cerita pasal umur panjang, ada benda yang tidak kurang juga dibincangkan atau difikirkan bersama : kewangan di usia emas . Betul tak? Kalau seseorang tu bekerja, dia akan fikir tentang persaraannya nanti. Mana tak nya, kalau dah bersara, gaji dah tak masuk dah. Siapa nak bagi gaji kalau dan pencen? Siapa lagi kalau bukan diri kita sendiri, kan? Jadi, menjadi satu kemestian bagi kita semua untuk memikirkan tentang perkara di atas. Tapi, jangan fikir sahaja, kena ada perancangan dan tindakan yang sewajarnya supaya apa yang difikirkan dapat direalisasikan demi menjaga kesenangan diri sendiri dan keluarga di hari tua nanti. Simpan wang untuk masa tua Kita seharusnya bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan satu inisiatif untuk plan kehidupan di hari tua dengan mewajibkan simpanan di Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) yang dasarnya jelas untuk simpanan wang bagi kegunaan di usia emas. Mana tidaknya, wan...