Posts

Showing posts from June, 2018

Harga Emas Naik: Apa Perlu Dibuat?

Image
Harga emas melompat naik sehingga cecah siling adalah waktu dan detik yang ditunggu-tunggu serta dinanti-nanti oleh para pelabur emas. Mana tidaknya, harga emas melonjak naik, tinggi dari harga yang dibeli sebelumnya. Inilah masanya untuk menuai padi. Persoalannya, ketika harga emas naik, apa perkara yang paling wajar untuk dilakukan? Seperti yang saya telah sebutkan dipermulaan bicara, waktu ini adalah waktu untuk menuai padi, mengutip hasil dan membuka peti harta karun yang sudah lama diperap. Inilah waktu yang sesuai untuk menjual emas yang kita sudah beli sekian lama; dan inilah pelaburan sihat dalam pelaburan emas. Cuma, kebiasaan pelanggan yang saya ada, mereka kadang-kadang keliru dan buntu. Saya tanya kenapa. Mereka jawab, memang la kita rasa untung sebab kita dapat jual pada harga yang tinggi berbanding harga sewaktu kita beli dahulu. Sebagai contoh, semasa saya beli 1 dinar dahulu, harganya Cuma RM720 sekeping. Hari ini, saya mampu jual dengan harga semasa ...