Jaga Kesihatan Diri
Kesihatan adalah satu anugerah yang tidak mampu ditimbang oleh neraca timbangan dan tidak mampu dijual beli. Terlalu mahal untuk dijual dan dibeli kerana ianya bukan sekadar satu perasaan semata bahkan satu nikmat yang hanya mampu dirasai oleh orang yang sakit. Begitulah kata para hukama, ‘nikmat sihat itu dapat dirasi oleh orang sakit. Jika kamu mahu tahu betapa nikmatnya sihat itu, maka tanyalah kepada orang yang sakit’. Benarlah dan tepatlah kalam tersebut, tatkala kita sedang sakit, saat itulah kita akan merasai betapa tingginya harga sebuah kesihatan. Betapa besar nikmatnya sihat sehingga kita meratap agar diri kita yang sakit kembali sihat kerana dengan kesihatan itu membuatkan kita cergas dan bertenaga sehingga mampu melakukan pelbagai perkara. Kalau tanya tips, maka kita akan jumpa begitu banyak tips dan nasihat untuk menjaga kesihatan diri. Berdasarkan pemerhatian saya, saya mampu rumuskan nasihat-nasihat dan tips tersebut kepada tiga poin utama: 1. Jaga makan...