Posts

Showing posts from April, 2017

Kenapa kita perlu menyimpan?

Image
Pernah juga satu ketika, saya terfikir, ‘kenapa kita perlu menyimpan?’, ‘kenapa mak dan ayah saya dan juga orang-orang dulu selalu sarankan anak-anaknya untuk menyimpan?’. Apa faedah menyimpan? Saya terfikir, apabila saya diberi wang saku setiap bulan sebanyak RM300 (ketika saya di bangku universiti), kenapa saya kena simpan sedikit dari amaun tersebut sedangkan itu wang saku saya dan saya berhak untuk menggunakannya mengikut kehendak dan keinginan saya. Itu wang saya, biarlah saya guna sampai habis, kan? Kenapa kena menyimpan? Bahkan, guru kewangan juga menyarankan agar kita menyimpan wang sebanyak 10-30% daripada gaji dan pendapatan kita. Jadi, apa kelebihannya menyimpan? Guru kewangan saya pula menyarankan agar setiap dari kita mempunyai dana kecemasan (wang simpanan kecemasan) sebanyak 3-6 bulan pendapatan. Sebagai contoh, jika pendapatan bulanan kita RM2500/bulan, maka paling kurang kita perlu ada RM7500 dalam akaun simpanan kecemasan kita. Persoalannya, kenapa? Apa ke...