Hidup di Bawah Kemampuan
Ini adalah antara
prinsip yang saya belajar dari mentor kewangan saya, En. Mohd Zulkifli Shafie.
Kata beliau, prinsip ini adalah prinsip yang diguna pakai oleh kebanyakan
orang-orang kaya; bukan baru diguna dan diaplikasikan ketika mereka sudah kaya
bahkan sebelum mereka kaya pun mereka sudah praktikkan prinsip ini.
Hidup di Luar Kemampuan
Sekarang trend
“hidup di LUAR kemampuan” mulai membiak dan berleluasa penerapannya. Mana
tidaknya, lihat sahaja promosi-promosi yang digembar-gemburkan oleh mana-mana
premis perniagaan seperti “beli dahulu, bayar kemudian” atau “kami ada sistem
bayar ansuran” atau yang sama waktu dengannya. Kaedah PERLU vs MAHU perlu
difahami dengan lebih dalam oleh setiap individu yang MAHU KAYA.
Terkadang, kita
tewas dengan “MAHU” sedangkan kita tidak “PERLU”. Sebagai contoh fi’il perangai
orang kaya, jika mereka mampu membeli kereta Persona, tapi mereka memilih untuk
membeli kereta Saga atau Wira sahaja; kerana mereka rasa Saga itu sudah cukup
dan memadai untuk memenuhi kePERLUan mereka. Mungkin mereka mahu kereta
Persona, tapi ia bukanlah perlu.
Nasihat mentor
saya supaya diri kita selalu berada di bawah prinsip ‘Hidup di Bawah Kemampuan’
adalah:
#1- Elakkan diri dari berhutang. Jauhi walau
apa pun bentuknya dan nama; kad kredit, skim bayaran ansuran, tak perlu bayar
dalam tempoh 30 hari atau yang senada dengannya. Ini semua adalah hutang yang
sudah di inovasikan namanya.
#2- Berbelanjalah ikut KEPERLUAN,
bukan ikut KEMAMPUAN, apatah lagi jika ikut KEMAHUAN. Sebelum mahu berbelanja,
semak dahulu; apakah ia suatu keperluan atau sekadar kemahuan yang mampu
dimiliki.
Pesan beliau
lagi, tak penting untuk nampak kaya; apalah ertinya jika nampak kaya tapi
dompet tak kaya. Biarlah luaran kita nampak biasa-biasa tetapi dompet kita luar
biasa. Bila-bila masa sahaja, kita mampu untuk keluarkan kekayaan dompet kita,
kerana dompet kita kaya.
Sahli Arifin
03.01.2017 09:16AM
Mahallah Zubair
UIAM, Gombak.
Comments
Post a Comment